The Malaysian Consumer and Family Economics Association
Bual Bicara Pakar : 360′ Perspektif Pengguna & Masyarakat (PKP 2.0- Pengguna & Makanan : Apa Yang Perlu Dilakukan?)
Bual Bicara Pakar : 360' Perspektif Pengguna & Masyarakat (PKP 2.0: Adakah Poket Anda Tebal atau Nipis?)
Persatuan Ekonomi Pengguna Dan Keluarga Malaysia (MACFEA) dengan kerjasama Jabatan Pengurusan Sumber Dan Pengajian Pengguna Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia menjemput Dato/Datin/ Prof/Dr/Tuan/Puan menyertai Bual Bicara Pakar : 360′ Perspektif Pengguna & Masyarakat yang bertajuk : PKP 2.0- Pengguna & Makanan : Apa Yang Perlu Dilakukan?. Tentatif program adalah seperti berikut:
Tarikh: 26 Februari 2021 Masa: 10.30 Pagi – 11.30 Pagi Platform: Zoom Meeting (Klik untuk sertai) Meeting ID: 728 171 5891 Passcode: BBP.360_04
Program akan berlangsung secara siaran langsung dan akan dikongsikan di channel Youtube : Dr. Ir. Syah/network
Program ini akan di Hoskan Oleh: Dr. Irwan Syah Md Yusoff Pensyarah Kanan Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia Universiti Putra Malaysia
Pakar/Panel Jemputan: Dr.Shamsul Azahari Zainal Badari Pensyarah Kanan Jabatan Pengurusan Sumber Dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia,UPM.
Program ini akan mengupas isu secara santai dan ringan dari perspektif pengguna dan masyarakat dalam konteks pengurusan Makanan Sihat Dan Perbelanjaan Pembelian Makanan ketika menghadapi Norma Baharu (P.K.P. 2.0) dalam membantu masyarakat meneruskan kehidupan yang baik serta menjamin kelangsungan hidup lebih sihat.
Oleh itu, program ini akan menjadi satu wadah di dalam memberi pendedahan dan pendidikan kepada masyarakat dalam bentuk penyampaian ilmu untuk meningkatkan kualiti serta kesejahteraan hidup yang saksama untuk segenap lapisan masyarakat.