The Malaysian Consumer and Family Economics Association
Bual Bicara Pakar : 360′ Perspektif Pengguna & Masyarakat (PKP 2.0: Adakah Poket Anda Tebal atau Nipis?)
Bual Bicara Pakar : 360' Perspektif Pengguna & Masyarakat (PKP 2.0: Adakah Poket Anda Tebal atau Nipis?)
Persatuan Ekonomi Pengguna Dan Keluarga Malaysia (MACFEA) dengan kerjasama Jabatan Pengurusan Sumber Dan Pengajian Pengguna Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia menjemput Dato/Datin/ Prof/Dr/Tuan/Puan menyertai Bual Bicara Pakar : 360′ Perspektif Pengguna & Masyarakat yang bertajuk : PKP 2.0: Adakah Poket Anda Tebal Atau Nipis. Tentatif program adalah seperti berikut:
Tarikh: 12 Februari 2021 Masa: 10.30 Pagi – 11.30 Pagi Platform: Zoom Meeting (Klik untuk sertai) Meeting ID: 970 3494 9534 Passcode: BBP.360_03
Program akan berlangsung secara siaran langsung dan akan dikongsikan di channel Youtube : Dr. Ir. Syah/network
Program ini akan di Hoskan Oleh: Dr. Irwan Syah Md Yusoff Pensyarah Kanan Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia Universiti Putra Malaysia
Pakar/Panel Jemputan: Prof.Dr.Mohamad Fazli Sabri Timb. Dekan (Pengajian Siswazah & Jaringan Industri Dan Masyarakat) Fakulti Ekologi Manusia,UPM.
Program ini akan mengupas isu secara santai dan ringan dari perspektif pengguna dan masyarakat dalam konteks pengurusan kewangan Dan simpanan di saat kecemasan dalam menghadapi Norma Baharu (P.K.P. 2.0) ini dalam membantu masyarakat meneruskan kehidupan yang lebih baik serta menjamin kelansungan hidup.
Oleh itu, program ini akan menjadi satu wadah di dalam memberi pendedahan dan pendidikan kepada masyarakat dalam bentuk penyampaian ilmu di dalam meningkatkan kualiti serta kesejahteraan hidup yang saksama untuk segenap lapisan masyarakat.