The Malaysian Consumer and Family Economics Association
Bual Bicara Pakar : 360′ Perspektif Pengguna & Masyarakat (Kesan Penggunaan Gadjet: Sayangilah Diri & Anak-Anak Anda )
Bual Bicara Pakar : 360' Perspektif Pengguna & Masyarakat (Kesan Penggunaan Gadjet: Sayangilah Diri & Anak-Anak Anda )
Persatuan Ekonomi Pengguna Dan Keluarga Malaysia (MACFEA) dengan kerjasama Jabatan Pengurusan Sumber Dan Pengajian Pengguna Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia menjemput Dato/Datin/ Prof/Dr/Tuan/Puan menyertai Bual Bicara Pakar : 360′ Perspektif Pengguna & Masyarakat yang bertajuk : Kesan Penggunaan Gadjet: Sayangilah Diri & Anak-Anak Anda
Tentatif program adalah seperti berikut:
Tarikh: 12 March 2021 Masa: 10.30 Pagi – 11.30 Pagi Platform: Zoom Meeting (Klik untuk sertai) Meeting ID: 728 171 5891 Passcode: BBP.360_05
Program akan berlangsung secara siaran langsung dan akan dikongsikan di channel Youtube : Dr. Ir. Syah/network
Program ini akan di Hoskan Oleh: En. Bukryman Sabri Pensyarah, Fakulti Ekologi Manusia Universiti Putra Malaysia
Pakar/Panel Jemputan: Dr. Irwan Syah Md Yusoff Pensyarah Kanan Jabatan Pengurusan Sumber Dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia,UPM.
Program ini akan mengupas isu secara santai dan ringan dari perspektif pengguna dan masyarakat dalam konteks kesan Penggunaan Gadjet secara berlebihan terhadap diri dan anak-anak dalam kehidupan harian dan langkah – langkah mengatasinya ketika menghadapi perubahan cabaran hidup dalam membantu masyarakat meneruskan kelangsungan hidup lebih terjamin serta berkualiti
Oleh itu, program ini akan menjadi satu wadah di dalam memberi pendedahan dan pendidikan kepada masyarakat dalam bentuk penyampaian ilmu untuk meningkatkan kualiti serta kesejahteraan hidup yang saksama untuk segenap lapisan masyarakat.