Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Sukacita dimaklumkan bahawa program Bual Bicara Pakar 6.0 : 360’ Perspektif Pengguna & Masyarakat telah memasuki tahun ke-6 penganjurannya. Program ini merupakan anjuran Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia (UPM) dengan kerjasama Persatuan Ekonomi Pengguna dan Keluarga Malaysia (MACFEA).
Bagi siri kali ini, perbincangan akan memberi fokus kepada penipuan ( scammer) penggunana platform sosial media dan kesan terhadap pengguna serta tindakan yang perlu dilakukan.
BUTIRAN PROGRAM
Tarikh : 11 September 2026 (Jumaat)
Masa : 10.30 pagi – 11.30 pagi
Tajuk : Jangan Jadi Mangsa Digital!
Link Zoom Meeting : https://zoom.us/j/7281715891?pwd=IpI7oD7MWHKSmuYGHAF7R9ViuMJj53.1&omn=95121289782
Meeting ID: 728 171 5891
Passcode: BBP06@05
Moderator:
Prof. Madya Dr. Irwan Syah Md Yusoff, CiDe.
Exco MACFEA & Pensyarah Kanan
Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia
Panel:
Dr. Umi Hamidaton Binti Mohd Soffian Lee
Ahli MACFEA
Pensyarah Kanan,
Fakulti Ekonomi dan Muamalat
Universiti Sains Islam Malaysia
RINGKASAN PROGRAM:
ANDA PASTI ANDA SELAMAT DI DUNIA DIGITAL?
📱 Satu klik boleh mengubah segalanya.
💰 Satu transaksi boleh menyebabkan wang lesap.
🤖 Dan dengan AI, penipuan kini semakin sukar untuk dibezakan daripada yang sebenar!
Pernah terima mesej daripada “bank”?
Pernah dapat panggilan daripada “polis” atau “agensi kerajaan”?
Pernah ditawarkan pelaburan dengan keuntungan lumayan?
Atau pernah diminta “pinjamkan” akaun bank untuk menerima wang?
⚠️ AWAS! Anda mungkin sedang berdepan dengan SCAM!
Kita akan bongkar dan bincangkan secara santai tetapi serius:
SCAM – Bagaimana penipu memerangkap mangsa?
AKAUN KELDAI – Mengapa kita tidak boleh sewenang-wenangnya memberikan akaun bank kepada orang lain?
AI & DEEPFAKE – Bolehkah kita percaya suara, gambar dan video yang kita lihat?
KESELAMATAN KEWANGAN KELUARGA – Bagaimana melindungi wang dan maklumat keluarga?
HAK PENGGUNA – Apa perlu dilakukan jika kita sudah menjadi mangsa?
💡 Paling penting:
Kita akan kongsikan tip, tanda-tanda amaran dan langkah yang boleh diambil untuk melindungi diri, keluarga dan kewangan daripada ancaman digital.
🎯 Jangan hanya dengar selepas anda menjadi mangsa.
🎯 Dengar sekarang supaya anda tidak menjadi mangsa.
📌 Jangan tunggu. Jangan panik. Jangan mudah percaya.
📱 BERHENTI • SEMAK • SAHKAN
🎥 Jom sertai kami dan ajak keluarga, rakan-rakan serta kenalan anda menonton bersama!
👉 Tag orang yang anda sayang. Mungkin perkongsian ini dapat menyelamatkan mereka daripada menjadi mangsa scam.
#UPM
#BerilmuBerbakti
#MACFEA
#KPDN
#JanganJadiMangsaDigital
#ScamAwareness
#AI
#KeselamatanDigital
#LiterasiDigital
#PenggunaBijak

