The Malaysian Consumer and Family Economics Association
Bual Bicara Pakar : 360′ Perspektif Pengguna & Masyarakat: Pentingnya Pemakanan Sihat Semasa COVID-19
Bual Bicara Pakar : 360' Perspektif Pengguna & Masyarakat: Pentingnya Pemakanan Sihat Semasa COVID-19
Persatuan Ekonomi Pengguna Dan Keluarga Malaysia (MACFEA) dengan kerjasama Jabatan Pengurusan Sumber Dan Pengajian Pengguna Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia menjemput Dato/Datin/ Prof/Dr/Tuan/Puan menyertai Bual Bicara Pakar : 360′ Perspektif Pengguna & Masyarakat yang bertajuk : Pentingnya Pemakanan Sihat Semasa COVID-19.
Program akan berlangsung secara siaran langsung dan akan dikongsikan di channel Youtube : Dr. Ir. Syah/network
Program ini akan di Hoskan Oleh: Dr. Irwan Syah Md Yusoff Pensyarah Kanan, Fakulti Ekologi Manusia Universiti Putra Malaysia (UPM)
Pakar/Panel Jemputan: Prof.Dr. Norhasmah Sulaiman Ketua Jabatan Jabatan Pemakanan Fakulti Perubatan Dan Sains Kesihatan Universiti Putra Malaysia (UPM)
Program ini akan mengupas isu secara santai dan ringan dari perspektif pengguna dan masyarakat ketika menghadapi Pendemik COVID-19 yang lebih menjurus kepada meningkatkan Kesihatan dari aspek pemakanan yang baik serta mendidik masyarakat betapa pentingnya mendapatkan makanan sihat dalam kehidupan bagi menyahut saranan kerajaan untuk memutuskan rantai covid-19. Sehubungan itu, panel jemputan dalam program kali ini sememangnya pakar dan arif dalam isu yang di ketengah dalam siri kali ini.
Oleh itu, program ini akan menjadi satu wadah di dalam memberi pendedahan dan pendidikan kepada masyarakat dalam bentuk penyampaian ilmu untuk meningkatkan kualiti serta kesejahteraan hidup yang saksama untuk segenap lapisan masyarakat.
Semua peserta yang merupakan staff UPM yang mengikuti program ini akan diberikan mata latihan CPD UPM.