Bual Bicara Pakar : 360′ Perspektif Pengguna & Masyarakat: Norma Baharu-Bagaimanakah Hubungan Ibu Bapa Dengan Anak-Anak
Bual Bicara Pakar 360 Perspektif Pengguna Masyarakat (Norma Baharu-Bagaimanakah Hubungan Ibu Bapa Dengan Anak-Anak)
Persatuan Ekonomi Pengguna Dan Keluarga Malaysia (MACFEA) dengan kerjasama Jabatan Pengurusan Sumber Dan Pengajian Pengguna Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia menjemput Dato/Datin/ Prof/Dr/Tuan/Puan menyertai Bual Bicara Pakar : 360′ Perspektif Pengguna & Masyarakat yang bertajuk : Norma Baharu-Bagaimanakah Hubungan Ibu Bapa Dengan Anak-Anak.
Tentatif program adalah seperti berikut:
Tarikh: 23 Julai 2021
Masa: 2.30 Petang – 3.30 Petang
Platform: Zoom Meeting (Klik untuk sertai)
Meeting ID: 728 171 5891
Passcode: BBP.360_12
Program akan berlangsung secara siaran langsung dan akan dikongsikan di channel Youtube : Dr. Ir. Syah/network
Program ini akan di Hoskan Oleh:
Dr. Irwan Syah Md Yusoff
Pensyarah Kanan,
Fakulti Ekologi Manusia
Universiti Putra Malaysia (UPM)
Pakar/Panel Jemputan:
Dr. Rojanah Kahar
Ketua Jabatan
Jabatan Pembangunan Dan Pengajian Keluarga
Fakulti Ekologi Manusia
Universiti Putra Malaysia (UPM)
Program ini akan mengupas isu secara santai dan ringan dari perspektif pengguna dan masyarakat dalam suasana Norma baharu yang lebih menjurus pada hubungan kekeluargaan antara ibu bapa dan anak-anak.beberapa persoalan yang menjadi pertanyaan antara Kita adakah keakraban semakin menipis?adakah emosi anak-anak Kita terpelihara? Adakah mereka terdedah kepada amarah ibu bapa? Mungkinkah kes penderaan Kanan-Kanak semakin meningkat?.Mungkin banyak lagi persoalan yang bermain dalam fikiran Kita semua.Adalah wajar bagi Kita semua bersama-sama menyahut saranan kerajaan untuk memutuskan rantai covid-19 tanpa memperjudikan Hubungan antara ibu bapa dengan anak-anak semakin melebar.
Sehubungan itu, panel jemputan dalam program kali ini sememangnya pakar dan arif dalam isu yang di ketengah dalam siri kali ini.
Oleh itu, program ini akan menjadi satu wadah di dalam memberi pendedahan dan pendidikan kepada masyarakat dalam bentuk penyampaian ilmu untuk meningkatkan kualiti serta kesejahteraan hidup yang saksama untuk segenap lapisan masyarakat.
Semua peserta yang merupakan staff UPM yang mengikuti program ini akan diberikan mata latihan CPD UPM.
Semua dijemput.