Inquiries

Bual Bicara Pakar : 360′ Perspektif Pengguna & Masyarakat: Antara Bendera Putih & Hitam – Erti Kasih Sayang & Prihatin

Bual Bicara Pakar 360 Perspektif Pengguna Masyarakat (Antara Bendera Putih & Hitam - Erti Kasih Sayang & Prihatin)

Persatuan Ekonomi Pengguna Dan Keluarga Malaysia (MACFEA) dengan kerjasama Jabatan Pengurusan Sumber Dan Pengajian Pengguna Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia menjemput Dato/Datin/ Prof/Dr/Tuan/Puan menyertai Bual Bicara Pakar : 360′ Perspektif Pengguna & Masyarakat yang bertajuk : Antara Bendera Putih & Hitam – Erti Kasih Sayang & Prihatin.

Tentatif program adalah seperti berikut:

Tarikh: 12 Ogos 2021 
Masa: 10.30 Pagi – 11.30 Pagi
Platform: Zoom Meeting (Klik untuk sertai)
Meeting ID: 728 171 5891
Passcode: BBP.360_13

Program akan berlangsung secara siaran langsung di Zoom dan FB live Reezqi Miqhail serta siaran rakaman akan dikongsikan di channel Youtube : Dr. Ir. Syah/network

Program ini akan di Hoskan Oleh:
Dr. Irwan Syah Md Yusoff
Pensyarah Kanan,
Fakulti Ekologi Manusia
Universiti Putra Malaysia (UPM)

Pakar/Panel Jemputan:
Prof. Madya Dr. Zumilah Zainalaludin
Ketua Laboratori (Ins. Penyelidikan Penuaan Malaysia) &
Prof. Madya
Jabatan Pengurusan Sumber Dan Pengajian Pengguna
Fakulti Ekologi Manusia
Universiti Putra Malaysia

Program ini akan mengupas isu secara santai dan ringan dari perspektif pengguna dan masyarakat terhadap situasi semasa yang di hadapi masyarakat yang lebih menjurus kepada kasih sayang dan keperihatian terhadap cabaran dan kesusahan serta bantuan yang diperlukan oleh golongan yang terkesan apabila pendemik COVID-19 melanda. Kesan Covid-19 ini telah menyebabkan ramai kehilangan pekerjaaan dan memerlukanbantuan. Keadaan ini telah mencetuskan fenomena Bendera Putih. Keadaan bertambah kurang baik apabila suasana politik negara umpama ombak di laut yang bergelora dan berlakunya kewujudan gerakan Bendera Hitam. Oleh itu, beberapa persoalan menjadi perbualan sesama masyarakat. Adakah kita kurang kasih sayang? Adakah kita tidak prihatin? Yang mana perlu di utamakan Bendera Putih atau Bendera Hitam? Mungkin banyak lagi persoalan yang bermain dalam fikiran Kita semua.

Adalah wajar bagi Kita semua bersama-sama menyahut saranan kerajaan untuk membantu golongan yang terkesan tanpa perlu ada perbezaan fahaman dan tahu membezakan keutamaan dari aspek kasih sayang dan sentiasa prihatin terhadap persekitaran sekeliling kita. Oleh itu, wajarlah kita menjadi rakyat dan masyarakat bertanggungjawab terhadap Negara.

Sehubungan itu, panel jemputan dalam program kali ini sememangnya pakar dan arif dalam isu yang di ketengah dalam siri kali ini.

Oleh itu, program ini akan menjadi satu wadah di dalam memberi pendedahan dan pendidikan serta satu perkongsian kepada masyarakat dalam bentuk penyampaian ilmu untuk meningkatkan kualiti serta kesejahteraan hidup yang saksama untuk segenap lapisan masyarakat.

Semua peserta yang merupakan staff UPM yang mengikuti program ini akan diberikan mata latihan CPD UPM.

Semua dijemput.