The Malaysian Consumer and Family Economics Association
Bual Bicara Pakar : 360′ Perspektif Pengguna & Masyarakat (PKPB/ PKPP 2.0: Relevan Lagikah ICT Norma Baharu?)
Bual Bicara Pakar : 360' Perspektif Pengguna & Masyarakat (PKPB/ PKPP 2.0: Relevan Lagikah ICT Norma Baharu?)
Persatuan Ekonomi Pengguna Dan Keluarga Malaysia (MACFEA) dengan kerjasama Jabatan Pengurusan Sumber Dan Pengajian Pengguna Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia menjemput Dato/Datin/ Prof/Dr/Tuan/Puan menyertai Bual Bicara Pakar : 360′ Perspektif Pengguna & Masyarakat yang bertajuk : PKPB/ PKPP 2.0: Relevan Lagikah ICT Norma Baharu?
Tentatif program adalah seperti berikut:
Tarikh: 26 March 2021 Masa: 10.30 Pagi – 11.30 Pagi Platform: Zoom Meeting (Klik untuk sertai) Meeting ID: 728 171 5891 Passcode: BBP.360_06
Program akan berlangsung secara siaran langsung dan akan dikongsikan di channel Youtube : Dr. Ir. Syah/network
Program ini akan di Hoskan Oleh: Dr. Zuroni Md Jusoh Pensyarah Kanan, Ketua Pusat Kecemerlangan Penyelidikan Penggunaan Lestari ( SCoRE), Fakulti Ekologi Manusia Universiti Putra Malaysia
Pakar/Panel Jemputan: Prof.Madya Dr. Khairunesa Isa Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Umum Dan Kokurikulum, UTHM.
Program ini akan mengupas isu secara santai dan ringan dari perspektif pengguna dan masyarakat dalam konteks ICT Norma Baharu, Penggunaan internet? Pembukaan sekolah serta institusi pendidikan dan pembelajaran secara bersemuka, Kelangsungan Dan kesinambungan proses pendigitalan?, persoalannya adakah semua ini perlu di teruskan atau bagaimana? Dan banyak lagi akan di kupas Dan di kongsikan oleh pakar jemputan ketika menghadapi perubahan cabaran hidup dalam membantu masyarakat meneruskan kelangsungan hidup lebih berkualiti dan menyokong hasrat kerajaan menuju IR4.0 secara amnya.
Oleh itu, program ini akan menjadi satu wadah di dalam memberi pendedahan dan pendidikan kepada masyarakat dalam bentuk penyampaian ilmu untuk meningkatkan kualiti serta kesejahteraan hidup yang saksama untuk segenap lapisan masyarakat.
Semua peserta yang merupakan staff UPM yang mengikuti program ini akan diberikan mata latihan CPD UPM.