Inquiries

Bual Bicara Pakar 360′ Perspektif Pengguna & Masyarakat (COVID-19 Sudah Bersediakah Kita Untuk Merdeka)

Bual Bicara Pakar 360' Perspektif Pengguna & Masyarakat (COVID-19 Sudah Bersediakah Kita Untuk Merdeka)

Persatuan Ekonomi Pengguna Dan Keluarga Malaysia (MACFEA) dengan kerjasama Jabatan Pengurusan Sumber Dan Pengajian Pengguna Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia menjemput Dato/Datin/ Prof/Dr/Tuan/Puan menyertai Bual Bicara Pakar 360′ Perspektif Pengguna & Masyarakat (COVID-19 Sudah Bersediakah Kita Untuk Merdeka)

Tentatif program adalah seperti berikut:

Tarikh: 27 Ogos 2021 
Masa: 10.30 Pagi – 11.30 Pagi
Platform: Zoom Meeting (Klik untuk sertai)
Meeting ID: 728 171 5891
Passcode: BBP.360_14

Program akan berlangsung secara siaran langsung di Zoom dan FB live Reezqi Miqhail serta siaran rakaman akan dikongsikan di channel Youtube : Dr. Ir. Syah/network

Program ini akan di Hoskan Oleh:
Dr. Irwan Syah Md Yusoff
Pensyarah Kanan,
Fakulti Ekologi Manusia
Universiti Putra Malaysia (UPM)

Pakar/Panel Jemputan:
Dr. Nur Ayuni Mohd Isa
Pensyarah Kanan
Jabatan Pengajian Kenegaraan Dan Ketamadunan
Fakulti Ekologi Manusia
Universiti Putra Malaysia

Program ini akan mengupas isu secara santai dan ringan dari perspektif pengguna dan masyarakat terhadap situasi semasa yang di hadapi masyarakat sempena bulan kemerdekaan dalam suasana pendemik Covid-19 yang banyak merubah kehidupan masyarakat. Sudah hampir 2 tahun masyarakat hidup dalam suasana norma baharu. Keadaan ini telah mengekang banyak perkara dan aktiviti yang biasa dilakukan semua.Ramai yang semakin tertekan dan merasakan bahawa diri di tawan oleh musuh yang tidak kelihatan namun amat merbahaya yang telah meragut ribuan nyawa rakyat Malaysia. Kesan Covid-19 ini telah menyebabkan ramai merasakan kemerdekaan yang telah dikecapi selama 64 tahun telah di ragut. Oleh itu, beberapa persoalan menjadi perbualan sesama masyarakat. Adakah kita sudah bersedia merdeka dari Covid-19? Adakah mental dan jiwa kita telah merdeka? Bagaimana untuk kita merdeka dari covid-19? Mungkin banyak lagi persoalan yang bermain dalam fikiran Kita semua.

Adalah wajar bagi Kita semua bersama-sama menyahut saranan kerajaan untuk memutuskan rantaian Covid-19 dan merdeka dari Covid-19 serta kembali kepada kehidupan normal yang ramai dambakan sekian lama. Oleh itu, wajarlah kita menjadi rakyat dan masyarakat bertanggungjawab terhadap Negara.

Sehubungan itu, panel jemputan dalam program kali ini sememangnya pakar dan arif dalam isu yang di ketengah dalam siri kali ini.

Oleh itu, program ini akan menjadi satu wadah di dalam memberi pendedahan dan pendidikan serta satu perkongsian kepada masyarakat dalam bentuk penyampaian ilmu untuk meningkatkan kualiti serta kesejahteraan hidup yang saksama untuk segenap lapisan masyarakat.

Semua peserta yang merupakan staff UPM yang mengikuti program ini akan diberikan mata latihan CPD UPM.

Semua dijemput.