Inquiries

Bual Bicara Pakar 2.0: 360′ Perspektif Pengguna & Masyarakat yang bertajuk : Apabila Subsidi Barang Runcit Tiada : Apa pilihan kita ada?.

Bual Bicara Pakar 2.0: 360' Perspektif Pengguna & Masyarakat: Apabila Subsidi Barang Runcit Tiada : Apa pilihan kita ada?.

Persatuan Ekonomi Pengguna Dan Keluarga Malaysia (MACFEA) dengan kerjasama Jabatan Pengurusan Sumber Dan Pengajian Pengguna Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia menjemput Dato/Datin/ Prof/Dr/Tuan/Puan menyertai Bual Bicara Pakar 2.0: 360′ Perspektif Pengguna & Masyarakat yang bertajuk : Apabila Subsidi Barang Runcit Tiada : Apa pilihan kita ada?.

Hari/Tarikh: Jumaat / 24 Jun 2022
Masa: 10.30 Pagi – 11.30 Pagi
Platform: Zoom Meeting (Klik untuk sertai)
Meeting ID: 728 171 5891
Passcode: BBP@360_05

Program akan berlangsung secara siaran langsung di Zoom dan Youtube channel: Dr. Ir. Syah/network

Program ini akan di Hoskan Oleh:
Dr. Irwan Syah Md Yusoff
Pensyarah Kanan,
Fakulti Ekologi Manusia
Universiti Putra Malaysia (UPM)

Pakar/Panel Jemputan:
PM. Dr. Doris Padmini A/P S. Selvaratnam
Pensyarah
Fakulti Ekonomi Dan Pengurusan
Universiti Kebangsaan Malaysia.

Program ini akan mengupas isu secara santai dan ringan dari perspektif pengguna dan masyarakat terhadap situasi semasa yang di hadapi masyarakat berkaitan dengan situasi semasa yang dihadapi masyarakat iaitu kenaikan kos barangan runcit serta isu kekurangan bekalan mentah.

Di jangkakan beberapa barangan tidak lagi diberikan subsidi. Antara barangan yang mungkin tidak lagi diberikan subsidi seperti ayam mentah,tepung,minyak masak peket dan beberapa produk lain. Keadaan telah menimbulkan keresahan di kalangan pengguna dan penjual. Golongan yang menerima kesan terus adalah peniaga makanan kecil-kecilan kerana terpaksa berhadapan dengan kenaikan harga ayam dan keadaan ini menjadi salah satu faktor kenaikan harga makanan. Malahan situasi ini juga tidak berhenti pada isu ayam tetapi menjadi asbab kepada kenaikan barangan yang lain dan ada juga yang memgambil kesempatan terhadap isu ini.

Persoalannya sampai bila harus kita bergantung pada subsidi kerajaan? Apa akan jadi pada suatu ketika nanti kesemua subsidi yang diberikan ini sudah tiada? Adakah kita mampu menghadapinya? Apakah kita mampu berhadapan situasi ini?. Dengan keadaan dan tingkahlaku pengguna/ masyarakat yang tidak mengamalkan budaya berbelanja dengan baik dan mudah menyalahkan pihak lain apabila berlaku sesuatu isu akan menyebabkan suasana persekitaran menjadi tidak baik. Tabiat pengguna yang mudah menyalahkan pihak lain serta menggunakan media sosial untuk mensensasikan sesuatu isu demi kepentingan peribadi merupakan tindakan tidak wajar.

Pihak kerajaan telah melakukan pelbagai inisiatif bagi menangani kenaikan barangan dan kekurangan bahan mentah. Namun usaha ini tidak akan berjaya sekiranya pengguna tidak mengamalkan sikap yang lebih bertanggungjawab dan tidak mementingkan diri sendiri dan melakukan persediaan dari sekarang dengan menukar gaya hidup bermewah-mewah serta berbelanja mengikut kemampuan diri bukan mengikut kehendak diri tetapi lebih mengutamakan kepada keperluan. Oleh itu, wajarlah kita menjadi rakyat dan masyarakat yang cakna terhadap isu semasa.


Antara bahan mentah yang menjadi carian utama dikedai- kedai runcit adalah seperti minyak masak peket, ayam mentah, tepung gandum, harga telur ayam tidak terkawal dan bahan asas yang lain.Kesemua barangan ini merupakan keperluan utama pengguna isi rumah.

Pihak kerajaan telah melakukan pelbagai inisiatif bagi menangani krisis keselamatan makanan lebih terjamin. Namun usaha ini tidak akan berjaya sekiranya pengguna tidak mengamalkan sikap yang lebih bertanggungjawab dan tidak mementingkan diri sendiri semasa melakukan pembelian mengikut keperluan.

Sehubungan itu, panel jemputan dalam program kali ini sememangnya pakar dan arif dalam isu yang di ketengah dalam siri kali ini.

Adalah diharap melalui program ini dapat menjadi satu wadah di dalam memberi pendedahan dan pendidikan serta satu perkongsian kepada masyarakat dalam bentuk penyampaian ilmu untuk meningkatkan kualiti serta kesejahteraan hidup yang saksama untuk segenap lapisan masyarakat.

Semua peserta yang merupakan staff UPM yang mengikuti program ini akan diberikan mata latihan CPD UPM

Semua dijemput