Inquiries

Bual Bicara Pakar 2.0: 360′ Perspektif Pengguna & Masyarakat: Menceburi Industri Kecil & Sederhana Dapat Tanggani Kos Sara Hidup.

Bual Bicara Pakar 2.0: 360′ Perspektif Pengguna & Masyarakat : Menceburi Industri Kecil & Sederhana Dapat Tanggani Kos Sara Hidup.

Bual Bicara Pakar 2.0 : 360’ Perspektif Pengguna & Masyarakat (Siri 07).

Persatuan Ekonomi Pengguna Dan Keluarga Malaysia (MACFEA) dengan kerjasama Jabatan Pengurusan Sumber Dan Pengajian Pengguna Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia menjemput Dato/Datin/ Prof/Dr/Tuan/Puan menyertai Bual Bicara Pakar 2.0: 360′ Perspektif Pengguna & Masyarakat bertajuk : Menceburi Industri Kecil & Sederhana Dapat Tanggani Kos Sara Hidup.

Tarikh: 12 Ogos 2022
Masa: 10.30-11.30 pagi
Hari : Jumaat
Aplikasi : Zoom
Pautan :
https://zoom.us/j/7281715891?pwd=WVl6Tnptbm5HVFh4ODdhYkhnRU55Zz09

Meeting ID: 728 171 5891
Passcode: BBP@360_07
Program akan berlangsung secara siaran langsung di Zoom dan Youtube channel: Dr. Ir. Syah/network

Program ini akan di Hoskan Oleh:
Dr. Irwan Syah Md Yusoff
Pensyarah Kanan,
Fakulti Ekologi Manusia
Universiti Putra Malaysia

Pakar/Panel Jemputan:
Dr. Askiah Jamaluddin
Pensyarah Kanan
Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna,
Fakulti Ekologi Manusia
Universiti Putra Malaysia.

Program ini akan mengupas isu secara santai dan ringan dari perspektif pengguna dan masyarakat terhadap situasi semasa yang di hadapi masyarakat berkaitan dengan situasi semasa terhadap kos sara hidup yang dihadapi masyarakat pada ketika ini. Pada Siri ini, akan mengupas kaedah atau solusi yang mungkin boleh di ceburi oleh masyarakat dari sektor perniagaan atau kata lain keusahawanan. Perniagaan secara kecil-kecilan yang dijalankan sama ada secara sambilan atau sepenuh masa mungkin mampu menampung perbelanjaan isi rumah.

Industri Kecil dan Sederhana (IKS) merupakan salah satu ruang dan platform yang boleh di ceburi oleh masyarakat terutama sekali golongan B40 atau rentan. Dengan mengunakan platform digital bagi pemasaran produk IKS mampu menyebarluaskan lagi sasaran pembeli. Malahan pengusaha IKS di luar bandar mampu menembusi pasaran luar.
Namun terdapat beberapa persoalan dalam industri ini. Adakah teknik pemasaran yang dilakukan betul?, bagaimana untuk memupuk minat dan menggalakkan golongan B40 menceburi IKS?, produk apakah yang sesuai untuk memulakan perniagaan? Bagaimanakah mengira kos jualan ?Dan banyak lagi persoalan dan perbincangan yang dikongsikan pada Siri kali ini.

Pada siri kali ini juga turut membincangkan bagaimana pihak kerajaan dapat membantu industri IKS ini agar berdaya saing, apakah program-program dan bantuan – bantuan yang di sediakan oleh kerajaan bagi golongan yang baru hendak menceburi. Kita sedia maklum bahawa pihak kerajaan telah menyediakan pelbagai program bagi menangani peningkatan kos sara hidup dengan mengwujudkan latihan berasaskan TVET. Namun usaha ini tidak akan berjaya sekiranya pengguna tidak mengamalkan sikap yang lebih bertanggungjawab dan berdisplin dalam perbelanjaan serta berani untuk menceburi perniagaan tanpa memberikan seribu satu alasan. Maka negara akan melahirkan ramai usahawan muda dan jurang kemiskinan dapat dikecilkan.
Oleh itu, wajarlah kita menjadi rakyat dan masyarakat yang cakna terhadap isu semasa.

Sehubungan itu, panel jemputan dalam program kali ini sememangnya pakar dan arif dalam isu yang di ketengah dalam siri kali ini.

Adalah diharap melalui program ini dapat menjadi satu wadah di dalam memberi pendedahan dan pendidikan serta satu perkongsian kepada masyarakat dalam bentuk penyampaian ilmu untuk meningkatkan kualiti serta kesejahteraan hidup yang saksama untuk segenap lapisan masyarakat.

Semua peserta yang merupakan staff UPM yang mengikuti program ini akan diberikan mata latihan CPD UPM

Semua dijemput