Bual Bicara Pakar 2.0: 360' Perspektif Pengguna & Masyarakat : Peranan Masyarakat: Kesejahteraan Komuniti Orang Asli
Bual Bicara Pakar 2.0 : 360’ Perspektif Pengguna & Masyarakat (Siri 08).
Persatuan Ekonomi Pengguna Dan Keluarga Malaysia (MACFEA) dengan kerjasama Jabatan Pengurusan Sumber Dan Pengajian Pengguna Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia menjemput Dato/Datin/ Prof/Dr/Tuan/Puan menyertai Bual Bicara Pakar 2.0: 360′ Perspektif Pengguna & Masyarakat bertajuk : Peranan Masyarakat: Kesejahteraan Komuniti Orang Asli.
Tarikh: 26 Ogos 2022
Masa: 10.30-11.30 pagi
Hari : Jumaat
Aplikasi : Zoom
Pautan :https://zoom.us/j/7281715891?pwd=Y0hLVGVLS1VFY1YrVnpiU3VWOVlGdz09
Meeting ID: 728 171 5891
Passcode: BBP@360_08
Program akan berlangsung secara siaran langsung di Zoom dan Youtube channel: Dr. Ir. Syah/network
Program ini akan di Hoskan Oleh:
Dr. Irwan Syah Md Yusoff
Pensyarah Kanan,
Fakulti Ekologi Manusia
Universiti Putra Malaysia
Pakar/Panel Jemputan:
Dr. Mohd Roslan Rosnon
Pensyarah Kanan
Ketua Jabatan
Jabatan Sains Kemasyarakatan dan Pembangunan,
Fakulti Ekologi Manusia
Universiti Putra Malaysia.
Program ini akan mengupas isu secara santai dan ringan dari perspektif pengguna dan masyarakat terhadap situasi semasa yang di hadapi masyarakat berkaitan dengan situasi semasa terhadap peranan masyarakat setempat untuk menjamin serta meningkatkan kesejahteraan komuniti orang asli. Orang asli/ asal merupakan komuniti pribumi yang menduduki tanah Semenanjung Melayu sejak azali lagi. Secara amnya di Malaysia terdapat 18 suku dari etnik Orang Asli di Semenanjung Malaysia yang dikategorikan kepada 3 kumpulan utama iaitu suku Semang, Senoi dan Proto -Malay. Meskipun komuniti merupakan penduduk asal di Malaysia namun masih banyak perkara dan isu yang tidak diberikan perhatian dan ketinggalan. Diantaranya dari aspek pendidikan, pembangunan, kesihatan, ekonomi dan banyak lagi. Komuniti ini turut tidak terkecuali dari kesan perubahan ekonomi hidup yang semakin mencabar melalui pembangunan yang semakin pesat berlaku dengan ini telah merubah eko-sistem persekitaran hidup.
Meskipun begitu, pandangan atau persepsi masyarakat sekeling terhadap komuniti orang asli masih rendah dan negatif. Terdapat juga segelintir masyarakat dalam institusi pentadbiran _“double standard”_dalam sesuatu urusan pada komuniti ini. Tetapi kita jangan lupa bahawa, telah ramai komuniti orang asli berjaya dan ada telah memegang jawatan penting dalam kerajaan serta telah berjaya memegang ijazah.
Persoalaanya adalah bagaimana masyarakat luar dapat sama-sama memainkan peranan dalam pembangunan komuniti orang asli? Apakah yang komuniti ini perlukan? Apakah tanggungjawab kita dalam menjamin kesejahteraan yang adil untuk komuniti orang asli? Adakah kita benar-benar faham adat,tradisi dan cara kehidupan mereka? Mampukah kita merubah atau membuang persepsi negatif terhadap komuniti orang asli di negara ini? Adakah cukup ruang yang di sediakan oleh kerajaan terhadap golongan ini dari perspektif ekonomi, ekonomi, pendidikan dan kesihatan? Dan banyak lagi persoalan yang akan di bincangkan secara santai pada Siri Kali ini.
Pada siri kali ini juga turut membincangkan bagaimana pihak kerajaan dapat membantu dan bantuan yang sedia ada serta peranan masyarakat sekeliling. Program kalo ini turut menyentuh sumbangan komuniti orang asli terhadap negara dan bagaimana komuniti dapat membantu mengurangkan kos sara hidup. Sebagai masyarakat yang berjiwa besar dan Keluarga Malaysia wajarlah kita sama- sama memahami isu yang dihadapi oleh komuniti ini tanpa mengorbankan identiti komuniti orang asli ini.
Oleh itu, wajarlah kita menjadi rakyat dan masyarakat yang cakna terhadap isu semasa.
Sehubungan itu, panel jemputan dalam program kali ini sememangnya pakar dan arif dalam isu yang di ketengah dalam siri kali ini.
Adalah diharap melalui program ini dapat menjadi satu wadah di dalam memberi pendedahan dan pendidikan serta satu perkongsian kepada masyarakat dalam bentuk penyampaian ilmu untuk meningkatkan kualiti serta kesejahteraan hidup yang saksama untuk segenap lapisan masyarakat.
Semua peserta yang merupakan staff UPM yang mengikuti program ini akan diberikan mata latihan CPD UPM.
Semua dijemput.
