Inquiries

Bual Bicara Pakar 4.0: 360′ Perspektif Pengguna & Masyarakat – Dilema Pengguna: Rekabentuk Pembungkusan & Jenama Vs. Kualiti Produk

Bual Bicara Pakar 4.0: 360′ Perspektif Pengguna & Masyarakat - Dilema Pengguna: Rekabentuk Pembungkusan & Jenama Vs. Kualiti Produk

Persatuan Ekonomi Pengguna Dan Keluarga Malaysia (MACFEA) dan Jabatan Pengurusan Sumber Dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia menjemput Tan Sri/Puan Sri/Dato/Datin/ Prof/Dr/Tuan/Puan menyertai Bual Bicara Pakar 4.0: 360′ Perspektif Pengguna & Masyarakat bertajuk : Dilema Pengguna: Rekabentuk Pembungkusan & Jenama Vs. Kualiti Produk.

Tarikh: 12 Januari 2024
Masa: 10.30-11.30 pagi
Hari : Jumaat
Aplikasi : Zoom
Pautan :https://zoom.us/j/7281715891?pwd=c0lyME9uL3VLTm1BWmd3UjdsbmxKdz09&omn=97916783155
Meeting ID: 728 171 5891
Passcode: BBP04@01

Program akan berlangsung secara siaran langsung di Youtube channel: Dr. Ir. Syah/network dan Tik Tok Live: @macfea

Program ini akan di hoskan Oleh:

Prof. Dr Ahmad Hariza Hashim
Presiden MACFEA 2022/2024
Pensyarah
Fakulti Ekologi Manusia
University Putra Malaysia

Pakar/Panel Jemputan:

Dr. Irwan Syah Md Yusoff
Pensyarah Kanan,
Fakulti Ekologi Manusia
Universiti Putra Malaysia

Program ini akan mengupas isu secara santai dan ringan dari perspektif pengguna dan masyarakat terhadap situasi semasa yang di hadapi masyarakat berkaitan dengan situasi semasa yang memberi penekanan dari aspek kepenggunanaan dan masyarakat.

Pada masa kini, pengguna di hidangkan dengan pelbagai jenis produk dan jenama di pasaran. Keadaan ini telah menjadi satu trend kalangan pengeluar dan pengusaha dengan menghasilkan pelbagai jenis inovasi pada rekabentuk produk pada pembungkusan dengan tujuan untuk menarik pelanggan membeli produk yang di perkenalkan. Dari sudut positif situasi ini adalah baik dalam kreativiti dan inovasi bagi menarik minat pengguna dan pelanggan. adalah tidak di nafikan bahawa rekabentuk pembungkusan dan teknik pelebalan serta susun atur imej mampu merubah keputusan pengguna dalam membuat pembelian.

Seterusnya, jenama sebuah produk juga turut memainkan peranan terhadap keputusan yang di ambil oleh pengguna dalam memilih produk di pasaran. Kesetiaan dan kepercayaan pada sesebuah jenama produk yang pada hemat pengguna/pengguna turut mempengaruhi cara pengguna membelanjakan duit mereka walaupun harga yang di tawarkan adalah terlalu tinggi. Pada mereka jenama yang digunakan mencermikan kepada lambang kepuasan dan citarasa seseorang itu serta kemewahan. Meskipun kualiti produk itu tidak mencapai pada tahap nilai duit yang di belanjakan.

Keadaan ini telah menjadi satu ruang atau peluang yang di gunakan dalam kalangan pengusaha/ peniaga bagi melariskan produk mereka. sememangnya hal ini tidak menjadi satu kesalahan. Namun ianya haruslah selari dengan kualiti produk yang di tawarkan dan nilainya.

Kualiti sesebuah produk yang baik haruslah merangkumi keseluruhan produk tidak hanya pada rupa bentuk luaran dan jenama produk itu tetapi haruslah isinya. Dengan maksud lain kualiti yang optimum adalah pengguna berpuas hati dengan nilai yang di tawarkan.

Namun begitu, trend ini telah berubah apabila kesempatan diambil bagi meraih keuntungan segera dan mengambil jalan pintas untuk menarik perhatian pengguna dengan kualiti produk yang di tawarkan adalah tidak setimpal dengan nilai yang di belanjakan melalui rekabentuk pembungkusan atau label yang di gunakan adalah hampir sama dengan produk sedia ada di pasaran dengan niat untuk mengaburi pelanggan yang setia pada produk berkenaan. Meskipun kualiti produk adalah tidak sama dari yang produk asal. Akhirnya reputasi jenama produk yang telah stabil akan terjejas akibat pengguna telah mendapatkan produk yang hampir sama dengan asal. Ini adalah salah satu contoh keadaan yang berlaku di pasaran . Terdapat banyak lagi kes -kes lain yang hampir sama dan akhirnya pengguna sukar menjadi pengguna yang baik dan bijak dalam membuat keputusan.

Keadaan ini telah membuatkan dilema kalangan pengguna memdapatkan nilai kualiti produk yang ditawarkan. situasi ini semakin sukar apabila terlalu banyak kaedah jualan yang di hamparkan kepada pengguna antaranya adalah jualan platform di atas talian dan media sosial. Para pengguna sukar meramalkan bentuk fizikal sebenar produk itu. Terdapat pelbagai persoalan dan keadaan yang memerangkap pengguna bagi mendaptkan hak mereka yang sewajarnya. Antara persoalannya adalah adakah saiz rekabentuk produk adalah sama dengan sebenar dilihat melalui atas talian? adakah imej produk di paparkan sama dengan kualitinya? adakah ada jaminan bagi pengguna mendapatkan nilai kualiti yang di janjikan? dan banyak lagi persoalan yang boleh di bincangkan berkenaan dengan tajuk ini.

Sehubungan itu, adalah wajar perkongsiaan pada kali ini dapat memberikan sedikit sebanyak kepada pengguna/masyarakat berkenaan dengan dilema yang di hadapi oleh pengguna terhadap isu semasa dan kesedaran hak pengguna yang sewajarnya.program ini seharusnya di hayati dan bukan sekadar untuk menjadi populis dan menguntungkan sebelah pihak sahaja iaitu pengeluar/ pembekal atau peniaga. Namun ianya harusnya di nikmati oleh kedua- dua pihak dengan penuh rasa tanggunjawab.

Sehubungan itu, panel jemputan dalam program kali ini sememangnya pakar dan arif dalam isu yang di ketengah dalam siri kali ini.

Adalah diharap melalui program ini dapat menjadi satu wadah di dalam memberi pendedahan dan pendidikan serta satu perkongsian kepada masyarakat dalam bentuk penyampaian ilmu untuk meningkatkan kualiti serta kesejahteraan hidup yang saksama untuk segenap lapisan masyarakat.

Semua peserta yang merupakan staff UPM yang mengikuti program ini akan diberikan mata latihan CPD UPM.

Semua dijemput.