Inquiries

Bual Bicara Pakar 4.0: 360′ Perspektif Pengguna & Masyarakat – Pembelian Atas Talian: Sejauh Manakah Pengguna Percaya?

Bual Bicara Pakar 4.0: 360′ Perspektif Pengguna & Masyarakat – Pembelian Atas Talian: Sejauh Manakah Pengguna Percaya?

Persatuan Ekonomi Pengguna Dan Keluarga Malaysia (MACFEA) dan Jabatan Pengurusan Sumber Dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia menjemput Tan Sri/Puan Sri/Dato/Datin/ Prof/Dr/Tuan/Puan menyertai Bual Bicara Pakar 4.0: 360′ Perspektif Pengguna & Masyarakat bertajuk : Pembelian Atas Talian: Sejauh Manakah Pengguna Percaya?

Tarikh: 26 Januari 2024
Masa: 10.30-11.30 pagi
Hari : Jumaat
Aplikasi : Zoom
Pautan :https://zoom.us/j/7281715891?pwd=SUlXaDVjTkl1Q1FLYkttM2NKdDl3QT09
Meeting ID: 728 171 5891
Passcode: BBP04@02

Program akan berlangsung secara siaran langsung di Youtube channel: Dr. Ir. Syah/network dan Tik Tok Live: @macfea

Program ini akan di hoskan Oleh:

Dr. Irwan Syah Md Yusoff
Exco Macfea
Pensyarah Kanan
Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna
Fakulti Ekologi Manusia
University Putra Malaysia

Pakar/Panel Jemputan:

Prof Madya Dr. Rozita Naina Mohamed
Pensyarah Kanan,
Fakulti Perniagaan dan Pengurusan
Universiti Teknologi MARA

Program ini akan mengupas isu secara santai dan ringan dari perspektif pengguna dan masyarakat terhadap situasi semasa yang di hadapi masyarakat berkaitan dengan situasi semasa yang memberi penekanan dari aspek kepenggunanaan dan masyarakat.

Pada masa kini, di Malaysia telah menjadi trend pembelian di atas talian di kalangan pengguna. Pembelian atas talian ini tidak kira pengguna muda, belia, dewasa mahupun warga tua. Trend Pembelian secara fizikal (konvensional) didapati sedikit menurun di kalangan pengguna muda. Namun kaedah ini masih mendapat tempat pada pengguna yang berumur.

Situasi ini berlaku berkemungkinan di sebabkan oleh beberapa faktor kalangan pengguna muda yang beralih pada pembelian atas talian. Antara faktor peralihan gaya pembelian pengguna/masyarakat kepada atas talian adalah berkemungkinan faktor masa, lebih murah, tawaran promosi dan lebih mudah.

Adalah tidak dinafikan, di luar negara seperi di Jepun, China, Korea, Amerika Syarikat dan lain- lain negara maju/ membangun pembelian atas talian telah menjadi perkara yang umum dan tidak asing lagi. Rata- rata pengguna berpuas hati puas dengan perkhidmatan pembelian atas talian. Para pengguna merasakan yakin terhadap kualiti produk/barangan yang di beli diatas talian. Hal ini berikutan perkhidmatan, maklumat, kandungan dan kualiti yang di nyatakan/paparkan adalah sama seperti di janjikan. keadaan ini telah membina kepercayaan pembeli. Seterusnya tahap kesetiaan pengguna pada sesebuah jenama atau pembekal akan meningkat.

Namun di Malaysia, tahap kepercayaan pengguna terhadap pembeliaan atas talian masih boleh di ragukan. Terdapat kes- kes melibatkan pembelian di atas yang memberi interpertasi yang kurang baik pada pembelian atas talian. Antara contohnya adalah barang/produk yang di beli tidak sama seperti di pesan, maklumat yang di sampaikan tidak tepat, barang yang di pesan tidak sampai pada pengguna, proses pemulangan produk tidak jelas dan banyak lagi isu-isu yang sering berlaku. Keadaan ini telah memberi persepsi negatif untuk membina kepercayaan dan kesetiaan pengguna itu sendiri.

Selain itu, situasi ini telah berubah apabila kesempatan diambil bagi meraih keuntungan segera dan mengambil jalan pintas untuk menarik perhatian pengguna dengan kualiti produk yang di tawarkan adalah tidak setimpal dengan nilai yang di belanjakan. Pembekal/pengusaha yang tidak bertanggungjawab juga menjadi salah sati faktor penyebab persepsi negatif terbina terhadap kepercayaan pembelian di atas talian.

Keadaan ini telah membuatkan dilema kalangan pengguna memdapatkan nilai kualiti produk yang ditawarkan. situasi ini semakin sukar apabila terlalu banyak kaedah jualan yang di hamparkan kepada pengguna antaranya adalah jualan platform di atas talian dan media sosial. Para pengguna sukar meramalkan bentuk fizikal sebenar produk itu. Terdapat pelbagai persoalan dan keadaan yang memerangkap pengguna bagi mendaptkan hak mereka yang sewajarnya. Antara persoalannya adalah adakah saiz rekabentuk produk adalah sama dengan sebenar dilihat melalui atas talian? adakah imej produk di paparkan sama dengan kualitinya? adakah ada jaminan bagi pengguna mendapatkan nilai kualiti yang di janjikan? dan banyak lagi persoalan yang boleh di bincangkan berkenaan dengan tajuk ini.

Sehubungan itu, adalah wajar perkongsiaan pada kali ini dapat memberikan sedikit sebanyak kepada pengguna/masyarakat berkenaan dengan dilema yang di hadapi oleh pengguna terhadap isu semasa dan kesedaran hak pengguna yang sewajarnya.program ini seharusnya di hayati dan bukan sekadar untuk menjadi populis dan menguntungkan sebelah pihak sahaja iaitu pengeluar/ pembekal atau peniaga. Namun ianya harusnya di nikmati oleh kedua- dua pihak dengan penuh rasa tanggunjawab.

Sehubungan itu, panel jemputan dalam program kali ini sememangnya pakar dan arif dalam isu yang di ketengah dalam siri kali ini.

Adalah diharap melalui program ini dapat menjadi satu wadah di dalam memberi pendedahan dan pendidikan serta satu perkongsian kepada masyarakat dalam bentuk penyampaian ilmu untuk meningkatkan kualiti serta kesejahteraan hidup yang saksama untuk segenap lapisan masyarakat.

Semua peserta yang merupakan staff UPM yang mengikuti program ini akan diberikan mata latihan CPD UPM.

Semua dijemput.