Inquiries

Bual Bicara Pakar 360′ Perspektif Pengguna & Masyarakat (Penipuan & Scammer: Kenapa Mudahnya Ditipu?)

Bual Bicara Pakar 360' Perspektif Pengguna & Masyarakat (Penipuan & Scammer: Kenapa Mudahnya Ditipu?)

Persatuan Ekonomi Pengguna Dan Keluarga Malaysia (MACFEA) dengan kerjasama Jabatan Pengurusan Sumber Dan Pengajian Pengguna Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia menjemput Dato/Datin/ Prof/Dr/Tuan/Puan menyertai Bual Bicara Pakar 360′ Perspektif Pengguna & Masyarakat (Penipuan & Scammer: Kenapa Mudahnya Ditipu?).

Tentatif program adalah seperti berikut:

Hari/Tarikh: Jumaat / 8 Oktober 2021 
Masa: 10.30 Pagi – 11.30 Pagi
Platform: Zoom Meeting (Klik untuk sertai)
Meeting ID: 728 171 5891
Passcode: BBP.360_17

Program akan berlangsung secara siaran langsung di Zoom dan FB live Reezqi Miqhail serta siaran rakaman akan dikongsikan di channel Youtube : Dr. Ir. Syah/network

Program ini akan di Hoskan Oleh:
Dr. Irwan Syah Md Yusoff
Pensyarah Kanan,
Fakulti Ekologi Manusia
Universiti Putra Malaysia (UPM)

Pakar/Panel Jemputan:
Prof. Madya Dr. Elistina Abu Bakar
Ketua Jabatan,
Jabatan Pengurusan Sumber Dan Pengajian Pengguna.
Fakulti Ekologi Manusia
Universiti Putra Malaysia

Program ini akan mengupas isu secara santai dan ringan dari perspektif pengguna dan masyarakat terhadap situasi semasa yang di hadapi masyarakat berkaitan Penipuan & Scammer. Saban hari diruangan akhbar dan dimedia sosial ramai pengguna dan masyarakat yang ditipu dan kehilangan ribuan ringgit akibat sindiket penipuan atau scammer yang terancang.

Sindiket ini menggunakan pelbagai teknik yang licik dan pelbagai medium bagi mengaburi kegiatan mereka. Ramai yang telah terjerumus atau terkena perangkap sindiket ini dan melibatkan pelbagai lapisan golongan sama ada golongan profesional mahupun masyarakat biasa.
Pihak kerajaan dan pelbagai agensi telah melakukan banyak program kesedaran namun kes penipuan dan scammer masih banyak berlaku.

Oleh itu, keadaan ini telah meninggalkan beberapa persoalan terhadap kita semua.Di antaranya, Kenapa mudahnya kita semua ditipu? Bagaimanakah kita dapat mengetahui modus operandi sindiket? Siapakah golongan sasaran mereka? Bagaimanakah untuk mengelak daripada menjadi mangsa mereka? Dan banyak lagi persoalan yang bermain di fikiran masyarakat berkenaan tajuk perbincangan. Oleh itu, wajarlah kita menjadi rakyat dan masyarakat yang cakna terhadap permasalahan semasa.

Sehubungan itu, panel jemputan dalam program kali ini sememangnya pakar dan arif dalam isu yang di ketengah dalam siri kali ini.

Adalah diharap melalui program ini dapat menjadi satu wadah di dalam memberi pendedahan dan pendidikan serta satu perkongsian kepada masyarakat dalam bentuk penyampaian ilmu untuk meningkatkan kualiti serta kesejahteraan hidup yang saksama untuk segenap lapisan masyarakat.

Semua peserta yang merupakan staff UPM yang mengikuti program ini akan diberikan mata latihan CPD UPM.

Semua dijemput.