Inquiries

Bual Bicara Pakar 3.0: 360′ Perspektif Pengguna & Masyarakat (Siri 02): Hak Rakyat, Demi Kestabilan Bijak Memilih

Bual Bicara Pakar 3.0: 360' Perspektif Pengguna & Masyarakat (Siri 02): Hak Rakyat, Demi Kestabilan Bijak Memilih

Bual Bicara Pakar 3.0 : 360’ Perspektif Pengguna & Masyarakat (Siri 02).

Persatuan Ekonomi Pengguna Dan Keluarga Malaysia (MACFEA) dengan kerjasama Jabatan Pengurusan Sumber Dan Pengajian Pengguna Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia menjemput Dato/Datin/ Prof/Dr/Tuan/Puan menyertai Bual Bicara Pakar 3.0: 360′ Perspektif Pengguna & Masyarakat (Siri 02): Hak Rakyat, Demi Kestabilan Bijak Memilih.

Tarikh: 28 Julai 2023
Masa: 10.30-11.30 tengahari
Hari : Jumaat
Aplikasi : Zoom
Pautan :https://zoom.us/j/7281715891?pwd=alhGSW9xU1pObXhCZURXNWh0NnZMdz09
Meeting ID: 728 171 5891
Passcode: BBP@360:02

Program akan berlangsung secara siaran langsung di Youtube channel: Dr. Ir. Syah/network dan Tik Tok Live: @macfea

Program ini akan di hoskan Oleh:

Dr. Irwan Syah Md Yusoff
Pensyarah Kanan,
Fakulti Ekologi Manusia
Universiti Putra Malaysia

Pakar/Panel Jemputan:

Dr. Nur Ayuni Mohd Isa
Pensyarah Kanan
Fakulti Ekologi Manusia
Universiti Putra Malaysia.

Program ini akan mengupas isu secara santai dan ringan dari perspektif pengguna dan masyarakat terhadap situasi semasa yang di hadapi masyarakat berkaitan dengan situasi semasa yang nemberi penekanan aspek kepenggunanaan dan masyarakat. Secara umumnya, ramai pengguna tidak kurang arif dan sedar terhadap peranan serta tanggungjawab dan hak sebagai rakyat Malaysia yang sememangnya telah termaktub dalam perlembangaan Malaysia iaitu setiap rakyat Malaysia yang telah memenuhi syarat layak dan wajib memunaikan tanggungjawab memilih kerajaan yang akan mentadbir negara atau negeri dalam pilihanraya.

Ramai di antara kita mengambil mudah dan merasakan bahawa diri mereka tidak perlu ambil tahu kerana itu bukan urusan diri mereka terutama sekali golongan muda. golongan ini merasakan bahawa urusana menjana ekonomi dan meningkatkan pendapatan adalah jauh lebih utama daripada mengambil bahagian dalam membuang undi. Tahukan kita semua bahawa setiap satu undi diri kita merupakan penentu kepada kestabilan negara dan memcorak kepada pertumbuhan ekonomi melalui mepercayaan pelabur luar untuk membuka peluang perniagaan di sesebuah negeri itu. sekiranya sesebuah negeri itu kerajaannya tidak stabil maka ekonomi tidak dapat di pacu dengan baik dan memberi kesan kepada peluang pekerjaan.

Susulan daripada itu, adalah sewajarnya kita memahami peranan dan tanggungjawab rakyat Malaysia dalam pembentukan sesebuah kerajaan itu sendiri. sehubungan itu, pada 12 August 2023 akan di adakan pilihanraya negeri bagi enam negeri iaitu Selangor, Negeri Sembilan, Kedah, Terengganu dan Kelantan. sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab adalah di tuntut untuk bersama- sama ambil bahagian dalam pemilihan wakil kerajaan negeri. Terdapat segelintir masyarakat tidak mahu dan tidak tahu apakah peranan mereka dalam mencorak masa depan sesebuah kerjaan itu. Dan ada juga yang memainkan isu-isu yang sensitive demi mencapai sesebuah matlamat atau agenda peribadi. Akhirnya memberikan kesan pada kestabilan sesebuah kerajaan itu sendiri.

Dunia tanpa sempadan juga telah membuatkan segala informasi dan maklumat yang sahih dan tidak tepat mudah di hadam atau di terima oleh masyarakat tanpa menyelidik kebenaran maklumat itu. Malahan perkara- perkara sensitive yang melibatkan“3R” iaitu Race, Religious, Royal (Bangs-a, Agama, Raja) di gunakan untuk meraih undi bagi sesebuah parti politik.

Sehubungan itu, adalah wajar perkongsiaan pada kali ini dapat memberikan sedikit sebanyak kepada pengguna/masyarakat mengetahui hak mereka, batasan, peranan dan tanggungjawab dalam pilihanraya demi memastikan kestabilan negara terjamin dan perpaduan yang sekian lama terbina kekal utuh.

Sehubungan itu, panel jemputan dalam program kali ini sememangnya pakar dan arif dalam isu yang di ketengah dalam siri kali ini.

Sehubungan itu, panel jemputan dalam program kali ini sememangnya pakar dan arif dalam isu yang di ketengah dalam siri kali ini.

Adalah diharap melalui program ini dapat menjadi satu wadah di dalam memberi pendedahan dan pendidikan serta satu perkongsian kepada masyarakat dalam bentuk penyampaian ilmu untuk meningkatkan kualiti serta kesejahteraan hidup yang saksama untuk segenap lapisan masyarakat.

Semua peserta yang merupakan staff UPM yang mengikuti program ini akan diberikan mata latihan CPD UPM.

Semua dijemput.