Inquiries

Bual Bicara Pakar 3.0: 360′ Perspektif Pengguna & Masyarakat (Siri 01): Pengguna Teliti, Poket Selamat & Jiwa Tenang

Bual Bicara Pakar 3.0: 360′ Perspektif Pengguna & Masyarakat (Siri 01): Pengguna Teliti, Poket Selamat & Jiwa Tenang

Bual Bicara Pakar 3.0 : 360’ Perspektif Pengguna & Masyarakat (Siri 01).

Persatuan Ekonomi Pengguna Dan Keluarga Malaysia (MACFEA) dengan kerjasama Jabatan Pengurusan Sumber Dan Pengajian Pengguna Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia menjemput Dato/Datin/ Prof/Dr/Tuan/Puan menyertai Bual Bicara Pakar 3.0: 360′ Perspektif Pengguna & Masyarakat (Siri 01): Pengguna Teliti, Poket Selamat & Jiwa Tenang.

Tarikh: 14 Julai 2023
Masa: 10.40-11.30 tengahari
Hari : Jumaat
Aplikasi : Zoom
Pautan :https://zoom.us/j/7281715891?pwd=alhGSW9xU1pObXhCZURXNWh0NnZMdz09
Meeting ID: 728 171 5891
Passcode: BBP@360:01

Program akan berlangsung secara siaran langsung di Zoom dan Youtube channel: Dr. Ir. Syah/network

Program ini akan di hoskan Oleh:

Dr. Irwan Syah Md Yusoff
Pensyarah Kanan,
Fakulti Ekologi Manusia
Universiti Putra Malaysia

Pakar/Panel Jemputan:

Prof. Dr Ahmad Hariza Hashim
Pensyarah
Fakulti Ekologi Manusia
Universiti Putra Malaysia.

Program ini akan mengupas isu secara santai dan ringan dari perspektif pengguna dan masyarakat terhadap situasi semasa yang di hadapi masyarakat berkaitan dengan situasi semasa yang nemberi penekanan aspek kepenggunanaan. Secara umumnya, ramai pengguna tidak kurang arif dan sedar terhadap peranan serta tanggungjawab yang ada dalam pengurusan perbelanjaan keluarga dan diri.

Ramai di antara kita mengambil mudah dan merasakan bahawa diri mereka tidak perlu tahu cara menguruskan diri dalam perbelanjaan harian. Keadaan ini boleh dilihat dengan jelas apabila melakukan perbelanjaan sama ada secara fizikal atau atas talian tanpa mengambil kira sama ada ianya adalah keperluan atau kehendak.

Susulan daripada itu, ramai penguna mengalami kekurangan kewangan dan terpaksa berhutang. Beberapa kesan implikasi negatif boleh berlaku seperti meminjam pada Ah Long/Ceti, masalah keluarga, emosi atau tekanan dan banyak lagi.

Beberapa ramal analisis menjangkakan dalam jangka masa terdekat akan berlaku perubahan ekonomi yang memdorong kepada kenaikan harga barangan. keadaan ini berlaku secara global. secara tidak langsung memberi kesan pada perbelanjaan harian isi rumah.

Sekiranya keadaan ini tidak di tangani dengan baik akan mengwujudkan suasanan persekitaraan ekonomi yang tidak baik dan ramai pengguna terkesan terutama sekali golongan B40. Sehubugan itu, sebagai pengguna kita seharusnya cakna terhadap perubahan serta tahu bagaimana untuk menjadi pengguna teliti agar perubahan ekonomi yang berlaku dapat hadapi dengan baik.

Persoalanya adakah pengguna benar- benar teliti dalam perbelanjaan ? Adakah kita sedar akan kos semakin meningkat adalah berlaku secara global? Apakah tindakan yang wajar dilaksanakan? Adakah jiwa kita tenang dengan cara perbelanjaan kita amalkan sekarang ini ? Dan pelbagai lagi persoalan yang akan di bicarakan secara santai dan ringan pada siri kali ini.

Sehubungan itu, panel jemputan dalam program kali ini sememangnya pakar dan arif dalam isu yang di ketengah dalam siri kali ini.

Adalah diharap melalui program ini dapat menjadi satu wadah di dalam memberi pendedahan dan pendidikan serta satu perkongsian kepada masyarakat dalam bentuk penyampaian ilmu untuk meningkatkan kualiti serta kesejahteraan hidup yang saksama untuk segenap lapisan masyarakat.

Semua peserta yang merupakan staff UPM yang mengikuti program ini akan diberikan mata latihan CPD UPM.

Semua dijemput.