Bual Bicara Pakar 2.0: 360' Perspektif Pengguna & Masyarakat bertajuk : Malaysia Memilih: Benarkah Pengundi Baru Mampu Merubah Landskap Negara?.
Bual Bicara Pakar 2.0 : 360’ Perspektif Pengguna & Masyarakat (Siri 08).
Persatuan Ekonomi Pengguna Dan Keluarga Malaysia (MACFEA) dengan kerjasama Jabatan Pengurusan Sumber Dan Pengajian Pengguna Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia menjemput Dato/Datin/ Prof/Dr/Tuan/Puan menyertai Bual Bicara Pakar 2.0: 360′ Perspektif Pengguna & Masyarakat bertajuk : Malaysia Memilih: Benarkah Pengundi Baru Mampu Merubah Landskap Negara?.
Tarikh: 11 November 2022
Masa: 10.30-11.30 tengahari
Hari : Jumaat
Aplikasi : Zoom
Pautan :https://zoom.us/j/7281715891?pwd=alhGSW9xU1pObXhCZURXNWh0NnZMdz09
Meeting ID: 728 171 5891
Passcode: BBP@360_10
Program akan berlangsung secara siaran langsung di Zoom dan Youtube channel: Dr. Ir. Syah/network
Program ini akan di Hoskan Oleh:
Dr. Irwan Syah Md Yusoff
Pensyarah Kanan,
Fakulti Ekologi Manusia
Universiti Putra Malaysia
Pakar/Panel Jemputan:
Dr. Nur Ayuni Mohd Isa
Pensyarah Kanan
Fakulti Ekologi Manusia
Universiti Putra Malaysia.
Program ini akan mengupas isu secara santai dan ringan dari perspektif pengguna dan masyarakat terhadap situasi semasa yang di hadapi masyarakat berkaitan dengan situasi semasa yang berkisarkan pada Pilihanraya Ke-15. Buat julung kalinya kerajaan Malaysia telah mengiktiraf pengundi 18 tahun ke atas layak untuk mengundi. Berdasarkan data SPR yang di kongsikan kira -kira lebih 400 ribu lebih pengundi baru yang berumur 18 tahun ke atas layak mengundi dengan mengunakan daftar sistem automatik. Secara tidak langsung keadaan ini mungkin menjadi penanda aras baru kepada parti-parti politik yang ada di Malaysia ini.
Namun kita semua maklum bahawa pengundi muda ini sangat daynamik dan sukar diramal kecenderungan pilihan. Di media sosial begitu hangat parti-parti politik cuba pelbagai teknik untuk memikat hati pengundi muda. Interaksi media sosial seperti tik tok, Facebook dan pelbagai lagi media sosial digunakan selain kaedah konvensional seperti ceramah umum,sesi ramah mesra dan macam – macam lagi.
Situasi ini sedikit sebanyak telah memberi gambaran bahawa pengundi muda mampu menjadi penentu atau mencorak kerajaan yang bakal di bentuk. Kita semua sedia makluman, bahawa kita dihidangkan pelbagai pilihan parti politik dengan menawarkan pelbagai tawaran. Kesemua tawaran itu adalah untuk menarik dan menawan hati pengundi baru dan lama memilih parti yang bakal meneraju dan membentuk kerajaan Malaysia yang baru.
Persoalanya adakah tawaran yang di berikan setiap parti mampu menarik hati pengundi baru?, Apakah yang ingin dimahukan oleh pengundi baru?adakah kos sara hidup menjadi keutamaan pada golongan ini? Adakah keadaan ekonomi Malaysia ketika ini juga mempengaruhi pilihan pengundi muda? Dan pelbagai lagi persoalan yang akan di bicarakan secara santai dan ringan pada siri kali ini.
Sehubungan itu, panel jemputan dalam program kali ini sememangnya pakar dan arif dalam isu yang di ketengah dalam siri kali ini.
Adalah diharap melalui program ini dapat menjadi satu wadah di dalam memberi pendedahan dan pendidikan serta satu perkongsian kepada masyarakat dalam bentuk penyampaian ilmu untuk meningkatkan kualiti serta kesejahteraan hidup yang saksama untuk segenap lapisan masyarakat.
Semua peserta yang merupakan staff UPM yang mengikuti program ini akan diberikan mata latihan CPD UPM.
Semua dijemput.