Bual Bicara Pakar 2.0: 360' Perspektif Pengguna & Masyarakat : Peranan Masyarakat: Kenapa Mudahnya Di Tipi (Scam) & Siapa Sasarannya?
Bual Bicara Pakar 2.0 : 360’ Perspektif Pengguna & Masyarakat (Siri 08).
Persatuan Ekonomi Pengguna Dan Keluarga Malaysia (MACFEA) dengan kerjasama Jabatan Pengurusan Sumber Dan Pengajian Pengguna Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia menjemput Dato/Datin/ Prof/Dr/Tuan/Puan menyertai Bual Bicara Pakar 2.0: 360′ Perspektif Pengguna & Masyarakat bertajuk : Kenapa Mudahnya Di Tipi (Scam) & Siapa Sasarannya?
Tarikh: 23 September 2022
Masa: 11.0-12.00 tengahari
Hari : Jumaat
Aplikasi : Zoom
Pautan :https://zoom.us/j/7281715891?pwd=MHZDTXl5TVdXL1A2V2Zxei9EcEdadz09
Meeting ID: 728 171 5891
Passcode: BBP@360_09
Program akan berlangsung secara siaran langsung di Zoom dan Youtube channel: Dr. Ir. Syah/network
Program ini akan di Hoskan Oleh:
Dr. Irwan Syah Md Yusoff
Pensyarah Kanan,
Fakulti Ekologi Manusia
Universiti Putra Malaysia
Pakar/Panel Jemputan:
Prof. Dr. Nuraisyah Chua Abdullah
Pensyarah
Fakulti Undang-Undang
Universiti Teknologi MARA.
Program ini akan mengupas isu secara santai dan ringan dari perspektif pengguna dan masyarakat terhadap situasi semasa yang di hadapi masyarakat berkaitan dengan situasi semasa terhadap jenayah siber berkaitan dengan penipuan atas talian yang melibatkan kerugian jutaan ringgit dalam kalangan masyarakat.Mutakhir ini, jenayah siber semakin berleluasa dengan menggunakan pelbagai modus operandi yang sangat licik. Ada yang mengenali jenayah ini sebagai Macau Scam.
Macau scam ini dikendalikan oleh satu kumpulan elit yang telah di latih untuk melakukan pelbagai aktiviti penipuan atas talian dengan mensasarkan golongan tertentu. Antara golongan yang sering menjadi mangsa adalah wanita, golongan pelajar, warga emas, dan kakitangan kerajaan. Mereka turut mempunyai mensasarkan individu tertentu yang bakal menerima imbuhan yang tinggi atau mereka yang bakal menerima wang pencen.
Agak tidak keterlaluan, ada mangsa yang pernah ditipu beberapa kali oleh jenayah ini. Namun mereka masih lagi di perdaya dengan kerugian ratusan ribu. Baru-baru ini kita dikejutkan bahawa ramai anak muda telah di perdaya dengan di janjikan pekerjaan di luar negara dengan bayaran yang lumayan. Namun berlaku sebaliknya, mereka telah di kambing hitamkan untuk melakukan jenayah siber.
Persoalaanya adalah bagaimana masyarakat kita begitu ramai boleh di tipu dengan jenayah siber walaupun telah banyak kempen kesedaran telah di lakukan oleh kerajaan. Oleh itu, perbincangan kali ini akan memgupas secara santai bagaimana teknik atau jenayah yang di lakukan ? Siapakah golongan sasarannya? Apakah hukuman yang sedia ada setimpal? Apakah wajar di kenakan hukuman lebih berat? Apakah lagi kesedaran yang wajar di berikan pada masyarakat? dan banyak persoalan yang akan bincangkan secara santai pada Siri Kali ini.
Pada siri kali ini juga turut membincangkan bagaimana pihak kerajaan dapat membantu dan peranan masyarakat sekeliling.
Sehubungan itu, panel jemputan dalam program kali ini sememangnya pakar dan arif dalam isu yang di ketengah dalam siri kali ini.
Adalah diharap melalui program ini dapat menjadi satu wadah di dalam memberi pendedahan dan pendidikan serta satu perkongsian kepada masyarakat dalam bentuk penyampaian ilmu untuk meningkatkan kualiti serta kesejahteraan hidup yang saksama untuk segenap lapisan masyarakat.
Semua peserta yang merupakan staff UPM yang mengikuti program ini akan diberikan mata latihan CPD UPM.
Semua dijemput.