Permohonan Geran Mini Penyelidikan MACFEA 2024
MACFEA dengan sukacitanya membuka tawaran bagi Permohonan Geran Mini Penyelidikan MACFEA bagi tahun 2024. Sila semak syarat-syarat permohonan seperti yang dinyatakan. Kami mengalu-alukan penyelidik dari dalam kalangan ahli MACFEA untuk memanfaatkan peluang ini. Sila email borang permohonan selewat-lewatnya pada 31 Ogos 2024 jam 5.00 petang.
Sebarang maklumat lanjut dan pertanyaan, sila hubungi kami di macfea.upm@gmail.com
Sekian, terima kasih.
Syarat-syarat Permohonan
- Permohonan adalah terbuka untuk ahli MACFEA yang berdaftar sahaja. Keutamaan akan diberikan kepada pensyarah Gred DS51/DS52 dan ke bawah/ pensyarah yang baru pulang dari melanjutkan pengajian mereka (pensyarah muda).
- Permohonan adalah untuk penyelidikan yang berkaitan isu-isu EKONOMI KELUARGA DAN PENGGUNA.
- Pelajar yang sedang mengikuti pengajian Master/Ph.D dan ingin memohon geran ini perlu membuat permohonan melalui penyelia mereka. Penyelia perlulah merupakan ahli MACFEA yang sah. Permohonan adalah di atas nama Penyelia sahaja.
- Pembiayaan maksimum adalah sebanyak RM5,000.00 dan pembiayaan ini adalah untuk membantu proses penyelidikan sahaja.
- Tempoh projek hendaklah maksimum 12 bulan.
- Pemohon perlu mengisi borang permohonan seperti di Lampiran 1.
- Bagi permohonan yang berjaya, laporan kemajuan perlu diserahkan kepada Biro Penyelidikan MACFEA setiap 6 bulan bagi tujuan pemantauan. Laporan akhir perlu diserahkan dalam tempoh sebulan selepas tamat tempoh geran.
- Geran akan ditarik jika TIDAK DIGUNAKAN setelah 6 bulan dari tarikh ditawarkan.
- Sekiranya geran masih mempunyai baki kewangan setelah TAMAT TEMPOH (12 bulan), permohonan pelanjutan boleh dilakukan sehingga 12 bulan daripada tarikh permohonan.
- Bagi permohonan yang berjaya, pemohon perlu membentangkan hasil kajian di dalam Seminar tahunan MACFEA.
- Permohonan yang berjaya juga digalakkan menerbitkan hasil kajian di dalam mana-mana jurnal terutamanya di Malaysian Journal of Consumer and Family Economics (MAJCAFE) dan Jurnal Pengguna Malaysia dalam tempoh 2 tahun daripada tarikh geran tamat.
- Pembayaran sebanyak RM5000 akan dibuat setelah penerimaan tawaran geran. Penerima geran perlu membayar kembali sepenuhnya sekiranya gagal memenuhi dua output geran yang telah ditetapkan.
- Keputusan permohonan adalah tertakluk kepada kelulusan EXCO MACFEA.
- Borang permohonan perlu diemelkan kepada urusetia MACFEA iaitu di macfea.upm@gmail.com