Kunjungan Mesra Dari Fakultas Ekonomi Dan Bisnis, Universitas Airlangga, Indonesia
Date: 14 Dec 2022 (Rabu)
Venue: Bilik Ar-raniri, JPSPP, Fakulti Ekologi Manusia, UPM
Kunjungan mesra daripada wakil Fakultas Ekonomi dan Bisnis, Universitas Airlangga, Indonesia iaitu Dr. Dien Mardhiyah dan Prof. Sri Hartini ke MACFEA adalah untuk beramah mesra serta berkenalan dengan wakil-wakil exco MACFEA yang terdiri daripada beberapa bidang kepakaran seperti perumahan, nutrisi, ekonomi, kewangan dan undang-undang pengguna. Kunjungan kali ini adalah untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang penerbitan yang MACFEA lakukan iaitu MAJCAFE yang telah disenarai didalam Scopus (Q3) dan Jurnal Pengguna Malaysia (JPM) yang disenaraikan didalam mycite. Dr. Dien Mardhiyah dan Prof. Sri Hartini juga berminat untuk menjadi pengulas kepada jurnal MAJCAFE atau JPM sekiranya diberi peluang.