Inquiries

Bual Bicara Pakar 5.0: 360′ Perspektif Pengguna & Masyarakat (Siri 05): Harga Ubat Dipamerkan : Apa Manfaat Ekonomi Pada Pengguna?

Bual Bicara Pakar 5.0: 360′ Perspektif Pengguna & Masyarakat (Siri 05): Harga Ubat Dipamerkan : Apa Manfaat Ekonomi Pada Pengguna?

Jabatan Pengurusan Sumber Dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia dan Persatuan Ekonomi Pengguna Dan Keluarga Malaysia (MACFEA) menjemput Tan Sri/Puan Sri/Dato/Datin/ Prof/Dr/Tuan/Puan menyertai Bual Bicara Pakar 5.0: 360′ Perspektif Pengguna & Masyarakat

Tarikh: 9 Mei 2025
Masa: 10.30-11.30 pagi
Hari : Jumaat
Aplikasi : Zoom
Pautan :https://zoom.us/j/7281715891?pwd=00vz1vwu2rVfUVFiLqnJAUSIZf4zaz.1&omn=97197192653
Meeting ID: 728 171 5891
Passcode: BBP05@05

Program akan berlangsung secara siaran langsung di Youtube channel: Dr. Ir. Syah/network dan Tik Tok Live: @macfea

Program ini akan di hoskan Oleh:

Dr. Irwan Syah Md Yusoff
Exco Macfea
Pensyarah Kanan
Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna
Fakulti Ekologi Manusia, University Putra Malaysia

Pakar/Panel Jemputan:

Prof. Dr. Faridah Binti Hj. Hassan
Universiti Teknologi MARA
Penasihat MACFEA

Program ini akan mengupas isu secara santai dan ringan dari perspektif pengguna dan masyarakat terhadap situasi semasa yang di hadapi masyarakat berkaitan dengan situasi semasa yang memberi penekanan dari aspek kepenggunanaan dan masyarakat.

Kerajaan Malaysia telah mewajibkan semua klinik swasta dan farmasi komuniti mempamerkan harga ubat bermula 1 Mei 2025, selaras dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Harga dan Anti-Pencatutan (Penandaan Harga Ubat) 2025.

Langkah ini dilihat sebagai usaha memperkukuh ketelusan harga, memperkasa hak pengguna, serta memastikan pengguna dapat membuat pilihan yang bermaklumat dan adil semasa mendapatkan ubat-ubatan.

Namun, arahan ini mencetuskan pelbagai perbincangan hangat. Golongan pengguna menyambut baik, tetapi sebaha­gian pengamal perubatan swasta menyatakan kebimbangan terhadap kesan ke atas operasi dan kebebasan menetapkan harga perkhidmatan.

PERSOALAN YANG AKAN DIKUPAS DALAM WEBINAR
🔹 Adakah pengguna benar-benar diuntungkan dengan pemaparan harga ubat ini?
🔹 Bagaimanakah dasar ini mengangkat hak pengguna dalam mendapatkan maklumat dan membuat pilihan yang adil?
🔹 Apakah kesan kepada ekonomi isi rumah dalam jangka masa panjang?
🔹 Bolehkah pameran harga ini merangsang persaingan sihat dan menurunkan kos rawatan?
🔹 Apakah cabaran pelaksanaan dari perspektif penyedia perkhidmatan kesihatan?

⚖️ HAK PENGGUNA & KELEBIHAN EKONOMI

📌 Ketelusan Harga = Kuasa Pengguna
Pengguna kini berhak tahu berapa harga ubat yang mereka bayar. Ini memupuk pilihan yang bermaklumat serta mengelakkan manipulasi harga yang tidak munasabah.

📌 Banding Harga, Rancang Belanja
Pameran harga membolehkan pengguna membandingkan harga antara farmasi, seterusnya memilih yang paling berpatutan — satu bentuk perlindungan ekonomi rakyat.

📌 Galakkan Persaingan Sihat
Farmasi dan klinik swasta perlu menawarkan harga lebih kompetitif, yang akhirnya memberi manfaat kewangan kepada pengguna melalui penurunan harga ubat.

📌 Kesan Jangka Panjang terhadap Kewangan Pengguna
Dengan harga ubat yang lebih telus dan kompetitif, kos rawatan kesihatan dapat dikawal, terutamanya untuk keluarga berpendapatan rendah dan sederhana. Ini membolehkan mereka menguruskan bajet dengan lebih cekap dalam suasana ekonomi yang mencabar.

MENGAPA PERLU SERTAI PROGRAM INI?
✅ Dapatkan Penjelasan Pakar — Fahami dasar ini secara menyeluruh daripada pakar ekonomi.
✅ Ketahui Hak Anda — Pelajari bagaimana anda boleh memanfaatkan hak pengguna untuk membuat pilihan terbaik.
✅ Sesi Interaktif — Berpeluang mengemukakan soalan secara langsung kepada panel.
✅ Ilmu Berguna untuk Semua — Sesuai untuk pengguna, pengamal kesihatan, pelajar, penggubal dasar dan komuniti setempat.

Di jangkakan impak dari mengikuti program ini akan dapat membantu pengguna merancang perbelanjaan kesihatan, kurangkan tekanan kewangan dan elakkan kos rawatan yang melampau. Langkah ini menyumbang kepada ekonomi yang lebih telus dan adil, meningkatkan daya saing sektor kesihatan swasta, serta mengurangkan beban subsidi kerajaan untuk rawatan penyakit biasa.

Jangan lepaskan peluang untuk menyertai perbincangan ini dalam bentuk santai dan ringan yang memberi kesan langsung kepada poket anda dan masa depan sistem kesihatan negara.

📢 Harga ubat bukan lagi rahsia. Ketahui hak anda, lindungi dompet anda.

🔥 JUMPA ANDA DI WEBINAR NANTI! 🔥

#BualBicaraPakar #HargaUBatBukanRahsia #PenggunaSelamatSejahtera #UPM #MACFEA #Hakpengguna#Ekonomi

Semua dijemput hadir bersama-sama