Inquiries

Bual Bicara Pakar 5.0: 360′ Perspektif Pengguna & Masyarakat bertajuk : Azam Tahun 2025: Bebas Hutang, Mampukah Lakukannya?

Bual Bicara Pakar 5.0: 360′ Perspektif Pengguna & Masyarakat bertajuk : Azam Tahun 2025: Bebas Hutang, Mampukah Lakukannya?

Persatuan Ekonomi Pengguna Dan Keluarga Malaysia (MACFEA) dan Jabatan Pengurusan Sumber Dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia menjemput Tan Sri/Puan Sri/Dato/Datin/ Prof/Dr/Tuan/Puan menyertai Bual Bicara Pakar 5.0: 360′ Perspektif Pengguna & Masyarakat bertajuk : Azam Tahun 2025: Bebas Hutang, Mampukah Lakukannya?

Tarikh: 14 Februari 2025
Masa: 10.30-11.30 pagi
Hari : Jumaat
Aplikasi : Zoom
Pautan :https://zoom.us/j/7281715891?pwd=3EoB3fwBi7LPXfDv0Rbca8udrv8sxO.1&omn=96186540586
Meeting ID: 728 171 5891
Passcode: BBP05@01

Program akan berlangsung secara siaran langsung di Youtube channel: Dr. Ir. Syah/network dan Tik Tok Live: @macfea

Program ini akan di hoskan Oleh:

Dr. Irwan Syah Md Yusoff
Exco Macfea
Pensyarah Kanan
Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna
Fakulti Ekologi Manusia
University Putra Malaysia

Pakar/Panel Jemputan:

Prof. Madya Dr. Nuradli Ridzwan Shah Mohd Dali
Pensyarah,
Fakulti Ekonomi Dan Muamalat Universiti Sains Islam Malaysia

Program ini akan mengupas isu secara santai dan ringan dari perspektif pengguna dan masyarakat terhadap situasi semasa yang di hadapi masyarakat berkaitan dengan situasi semasa yang memberi penekanan dari aspek kepenggunanaan dan masyarakat.

Tahun baru sering kali dikaitkan dengan azam baru, tetapi sejauh mana kita benar-benar mampu mencapainya? Salah satu cabaran utama masyarakat hari ini adalah bebanan hutang yang semakin meningkat—daripada pinjaman peribadi, kad kredit, komitmen bulanan hingga hutang pendidikan.

Adakah kita benar-benar mengawal perbelanjaan atau sebenarnya perbelanjaan yang mengawal kita?

Ramai yang masih berbelanja tanpa perancangan, terpengaruh dengan gaya hidup mewah, dan kurang kesedaran tentang pengurusan kewangan yang betul. Akibatnya, hutang bertambah, simpanan berkurang, dan tekanan hidup meningkat.

Dalam sesi perkongsian kali ini, kita akan membincangkan:

  • Apakah punca sebenar hutang dan bagaimana ia boleh dielakkan?
  • Cara mengenal pasti perangkap kewangan dalam kehidupan seharian.
  • Teknik mudah dan praktikal untuk bebas daripada hutang.
  • Bagaimana membentuk tabiat kewangan yang lebih sihat untuk tahun 2025.
  • Persoalan utama: Adakah bebas hutang hanya satu impian, atau realiti yang boleh dicapai?

Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan ilmu yang boleh mengubah kehidupan anda! Sertai sesi atas talian ini dan mulakan langkah pertama ke arah kewangan yang lebih stabil.

Sehubungan itu, adalah wajar perkongsiaan pada kali ini dapat memberikan sedikit sebanyak panduan dan kesedaran kepada pengguna/masyarakat kepentingan dan fungsi serta makna bebas hutang dan tips – tips untuk bebas hutang. Adalah menjadi impian semua masyarakat di Negara ini untuk bebas dari hutang.

Sehubungan itu, panel jemputan dalam program kali ini sememangnya pakar dan arif dalam isu yang di ketengah dalam siri kali ini.

Adalah diharap melalui program ini dapat menjadi satu wadah di dalam memberi pendedahan dan pendidikan serta satu perkongsian kepada masyarakat dalam bentuk penyampaian ilmu untuk meningkatkan kualiti serta kesejahteraan hidup yang saksama untuk segenap lapisan

Semua peserta yang merupakan staff UPM yang mengikuti program ini akan diberikan mata latihan CPD UPM.

Semua dijemput.