Inquiries

Bual Bicara Pakar 4.0: 360′ Perspektif Pengguna & Masyarakat : Pelaburan & Skim Cepat Kaya: Tidak Serik Lagi Ke?

Bual Bicara Pakar 4.0: 360′ Perspektif Pengguna & Masyarakat : Pelaburan & Skim Cepat Kaya: Tidak Serik Lagi Ke?

Persatuan Ekonomi Pengguna Dan Keluarga Malaysia (MACFEA) dan Jabatan Pengurusan Sumber Dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia menjemput Tan Sri/Puan Sri/Dato/Datin/ Prof/Dr/Tuan/Puan menyertai Bual Bicara Pakar 4.0: 360′ Perspektif Pengguna & Masyarakat bertajuk : Pelaburan & Skim Cepat Kaya: Tidak Serik Lagi Ke?

Tarikh: 10 May 2024
Masa: 10.30-11.30 pagi
Hari : Jumaat
Aplikasi : Zoom
Pautan :https://zoom.us/j/7281715891?pwd=QVBEWnd0THhMKzNjeWZ5RmFzd1pGdz09&omn=93068160381
Meeting ID: 728 171 5891
Passcode: BBP04@06

Program akan berlangsung secara siaran langsung di Youtube channel: Dr. Ir. Syah/network dan Tik Tok Live: @macfea

Program ini akan di hoskan Oleh:

Dr. Irwan Syah Md Yusoff
Exco Macfea
Pensyarah Kanan
Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna
Fakulti Ekologi Manusia
University Putra Malaysia

Pakar/Panel Jemputan:

Prof. Madya Dr. Nuradli Ridzwan Shah Mohd Dali
Pensyarah,
Fakulti Ekonomi Dan Muamalat Universiti Sains Islam Malaysia

Program ini akan mengupas isu secara santai dan ringan dari perspektif pengguna dan masyarakat terhadap situasi semasa yang di hadapi masyarakat berkaitan dengan situasi semasa yang memberi penekanan dari aspek kepenggunanaan dan masyarakat.

Walaupun sudah ramai yang sedar dengan kegiatan scammer skim cepat kaya ini, masih ada yang terpedaya dengan ayat-ayat manis mereka. Contohnya labur RM250 boleh dapat AS$200 juta! Memang tak masuk akal. Namun lagi dan lagi, masih ramai yang percaya dan bahkan sedia untuk melaburkan duit mereka dalam nilai yang banyak untuk “berjaya’ dalam skim ini.

Salah satu sebabnya kenapa orang sekarang mudah terpedaya adalah kerana mereka sangat teruja dan mengejar untuk memperoleh pendapatan pasif, ibarat goyang kaki tetapi dapat income setiap hari.

Kerajaan telah mengumunkan bahawa pada tahun ini tiada bantuan khas perayaan kerana bantuan RM 2000 baru sahaja diberikan pada bulan Februari bagi menampung keperluan persekolahan anak-anak.

Sejauh manakah kefahaman diri terhadap Skim Cepat Kaya? secara asasnya skim cepat kaya adalah satu pelan yang lazimnya menawarkan kadar pulangan yang tinggi atau tidak realistik bagi jumlah pelaburan yang kecil. Pada masa yang sama menjanjikan pelaburan tersebut adalah mudah dan bebas daripada sebarang risiko.

Antara aktiviti Skim Cepat Kaya ialah pengambilan deposit secara haram atau menjalankan urus niaga mata wang asing tanpa kebenaran Pengawal Pertukaran Wang Asing di bawah Akta Kawalan Pertukaran Wang 1953 (AKPW). Contoh scammer Malaysia yang diharamkan seperti Pak Man Telo dan Swiss Cash.

Bukan itu sahaja, ada juga beberapa syarikat multi-level marketing (MLM) pada hari ini yang menjalankan modus operandi serupa dengan skim cepat kaya yang lain pada umumnya. Hanya sahaja dari segi nama, tawaran, dan pemasarannya dibuat berbeza untuk mengelakkan dari diketahui mangsanya.

Adalah menjadi persoalan, bagaimana menangani situasi ini?, adakah terdapat tips atau kaedah bagi mengenalpasti pelaburan yang menjanjikan keutungan yang luar biasa? siapakah golongan yang sering dan mudah di jadikan sasaran? apakah trend terkini yang dilakukan? bagaimana mengenalpasti pelaburan yang tidak meragukan dan tidak salah sisi undang-undang? dan banyak lagi persoalan yang boleh di bincangkan dalam siri kali ini.

Sehubungan itu, adalah wajar perkongsiaan pada kali ini dapat memberikan sedikit sebanyak panduan dan kesedaran kepada pengguna/masyarakat berkenaan pelaburan skim cepat kaya dan mendidik masyarakat lebih prihatin serta lebih cakna perlu di lakukan sejajar dengan hasrat kerajaan menjadikan rakyat Malaysia yang celik terhadap tipu daya dan tidak mudah terdaya bagi mencapai kekayaan dalam waktu yang singkat.

Sehubungan itu, panel jemputan dalam program kali ini sememangnya pakar dan arif dalam isu yang di ketengah dalam siri kali ini.

Adalah diharap melalui program ini dapat menjadi satu wadah di dalam memberi pendedahan dan pendidikan serta satu perkongsian kepada masyarakat dalam bentuk penyampaian ilmu untuk meningkatkan kualiti serta kesejahteraan hidup yang saksama untuk segenap lapisan

Semua peserta yang merupakan staff UPM yang mengikuti program ini akan diberikan mata latihan CPD UPM.

Semua dijemput.