Inquiries

Bual Bicara Pakar 4.0: 360′ Perspektif Pengguna & Masyarakat – Gaji Awal & Raya Awal: Bagaimana Pengurusan Kewangan Anda?

Bual Bicara Pakar 4.0: 360′ Perspektif Pengguna & Masyarakat - Gaji Awal & Raya Awal: Bagaimana Pengurusan Kewangan Anda?

Persatuan Ekonomi Pengguna Dan Keluarga Malaysia (MACFEA) dan Jabatan Pengurusan Sumber Dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia menjemput Tan Sri/Puan Sri/Dato/Datin/ Prof/Dr/Tuan/Puan menyertai Bual Bicara Pakar 4.0: 360′ Perspektif Pengguna & Masyarakat bertajuk : Gaji Awal & Raya Awal: Bagaimana Pengurusan Kewangan Anda?

Tarikh: 29 Mac 2024
Masa: 10.30-11.30 pagi
Hari : Jumaat
Aplikasi : Zoom
Pautan :https://zoom.us/j/7281715891?pwd=dmV5SnhNTEVuZVgyWkM4UklQMU0rdz09&omn=92737765506
Meeting ID: 728 171 5891
Passcode: BBP04@05

Program akan berlangsung secara siaran langsung di Youtube channel: Dr. Ir. Syah/network dan Tik Tok Live: @macfea

Program ini akan di hoskan Oleh:

Dr. Irwan Syah Md Yusoff
Exco Macfea
Pensyarah Kanan
Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna
Fakulti Ekologi Manusia
University Putra Malaysia

Pakar/Panel Jemputan:

Dr. Askiah Jamaluddin
Pensyarah Kanan,
Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna
Fakulti Ekologi Manusia
Universiti Putra Malaysia

Program ini akan mengupas isu secara santai dan ringan dari perspektif pengguna dan masyarakat terhadap situasi semasa yang di hadapi masyarakat berkaitan dengan situasi semasa yang memberi penekanan dari aspek kepenggunanaan dan masyarakat.

Adalah di laporkan bahawa, Kira-kira 22 juta umat Islam di Malaysia akan berbelanja sekitar RM30 bilion sepanjang bulan Ramadan tahun ini.

Situasi ini turut menyumbang pada perbelanjaan persiapan raya di lakukan mungkin lebih awal kerana tarikh gaji bagi perkhidmatan awam pada bulan March ada pada 25 March 2024. Manakala di jangkakan seluruh umat islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidilfitri pada 10 April 2024 iaitu dua minggu selepas tarikh gaji diterima.

Kerajaan telah mengumunkan bahawa pada tahun ini tiada bantuan khas perayaan kerana bantuan RM 2000 baru sahaja diberikan pada bulan Februari bagi menampung keperluan persekolahan anak-anak.

Di media sosial hangat di bincangkan berkenaan kos persediaan bagi menyambut Hari Raya semakin meningkat dan tinggi.

Sekiranya perbelanjaan tidak di uruskan dengan baik akan menimbulkan masalah lain dan perkara di luar jangka mungkin boleh terjadi. Antara perkara yang boleh terjadi adalah seperti berhutang, perbelajaan isi rumah terjejas, bil – bil bulanan terjejas.

Sudah menjadi kebiasaan rakyat Malaysia akan melakukan persiapan menyambut lebaran dengan suasana meriah terutama sekali persiapan isi rumah.

Keseronokan dalam menyambut lebaran ini harus juga dilakukan berpada- pada kerana pengurusan kewangan keluarga bagi menunggu tarikah gaji masuk agak panjang.

Sekiranya tidak di uruskan dengan memikirkan apakah perkara-perkara yang melibatkan keperluan isi rumah. Situasi ini akan mengundang suasana yang kurang baik dalam isi rumah.

Terdapat beberapa laporan di media sosial menyatakan kegusaran berkenaan ke tidak cukupan kewangan semasa lebaran dan jangka waktu menunggu gaji yang panjang.

Adalah menjadi persoalan, bagaimana menangani situasi ini?, adakah terdapat tips pengurusan kewangan dalam situasi begini?, Perlukah berbelanja berlebihan bagi persiapan raya?, adakah bersederhana dalam suasana beraya akan menjejaskan reputasi? pentingkah menjaga reputasi berbanding menjaga kewangan diri dan keluarga.

Sehubungan itu, adalah wajar perkongsiaan pada kali ini dapat memberikan sedikit sebanyak panduan dan kesedaran kepada pengguna/masyarakat berkenaan pengurusan kewangan keluarga dalam situasi yang terikat di antara menyambut lebaran yang datang hanya setahun sekali dengan tempoh gaji masih jauh.

Sehubungan itu, panel jemputan dalam program kali ini sememangnya pakar dan arif dalam isu yang di ketengah dalam siri kali ini.

Adalah diharap melalui program ini dapat menjadi satu wadah di dalam memberi pendedahan dan pendidikan serta satu perkongsian kepada masyarakat dalam bentuk penyampaian ilmu untuk meningkatkan kualiti serta kesejahteraan hidup yang saksama untuk segenap lapisan

Semua peserta yang merupakan staff UPM yang mengikuti program ini akan diberikan mata latihan CPD UPM.

Semua dijemput.