The Malaysian Consumer and Family Economics Association
Bual Bicara Pakar: 360 Perspektif Pengguna & Masyarakat
Bual Bicara Pakar: 360 Perspektif Pengguna & Masyarakat
Persatuan Ekonomi Pengguna Dan Keluarga Malaysia (MACFEA) dengan kerjasama Jabatan Pengurusan Sumber Dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia menjemput Dato/Datin/ Prof/Dr/Tuan/Puan menyertai Bual Bicara Pakar : 360′ Perspektif Pengguna & Masyarakat yang bertajuk : Cabaran Dan Realiti Kesejahteraan Ekonomi Isi Rumah . Tentatif program adalah seperti berikut:
Program akan berlangsung secara siaran langsung dan akan dikongsikan di channel Youtube : Dr. Ir. Syah/network
Program ini akan di Hoskan Oleh: Dr. Irwan Syah Md Yusoff Pensyarah Kanan Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia Universiti Putra Malaysia
Pakar/Panel Jemputan: Prof. Dr. Laily Hj. Paim Presiden 2020 – 2022 Persatuan Ekonomi Pengguna Dan Keluarga Malaysia.
Program ini akan mengupas isu secara santai dan ringan dalam perspektif pengguna dan masyarakat dalam konteks ekonomi isi rumah, cabaran dan realiti dałam mengekalkan kesejahteraan hidup.
Oleh itu, program ini akan menjadi satu wadah di dalam memberi pendedahan dan pendidikan kepada masyarakat dalam bentuk penyampaian ilmu du dalam mengharungi cabaran ekonomi dan meningkatkan kualiti serta kesejahteraan hidup yang saksama untuk segenap lapisan masyarakat.