Bual Bicara Pakar 360′ Perspektif Pengguna & Masyarakat (Pengurusan Berat Badan Semasa Kehamilan)
Bual Bicara Pakar 360' Perspektif Pengguna & Masyarakat (Pengurusan Berat Badan Semasa Kehamilan)
Persatuan Ekonomi Pengguna Dan Keluarga Malaysia (MACFEA) dengan kerjasama Jabatan Pengurusan Sumber Dan Pengajian Pengguna Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia menjemput Dato/Datin/ Prof/Dr/Tuan/Puan menyertai Bual Bicara Pakar : 360′ Perspektif Pengguna & Masyarakat yang bertajuk : Era Pendemik: Apakah Dilema Pekerja?.
Tentatif program adalah seperti berikut:
Tarikh: 24 September 2021
Masa: 10.30 Pagi – 11.30 Pagi
Platform: Zoom Meeting (Klik untuk sertai)
Meeting ID: 728 171 5891
Passcode: BBP.360_16
Program akan berlangsung secara siaran langsung di Zoom dan FB live Reezqi Miqhail serta siaran rakaman akan dikongsikan di channel Youtube : Dr. Ir. Syah/network
Program ini akan di Hoskan Oleh:
Dr. Irwan Syah Md Yusoff
Pensyarah Kanan,
Fakulti Ekologi Manusia
Universiti Putra Malaysia (UPM)
Pakar/Panel Jemputan:
Prof. Dr. Zalilah Bt Mohd Shariff
Dekan,
Sekolah Pengajian Siswazah
Universiti Putra Malaysia
Program ini akan mengupas isu secara santai dan ringan dari perspektif pengguna dan masyarakat terhadap situasi semasa yang di hadapi masyarakat berkaitan pengurusan berat badan semasa kehamilan. Terdapat rungutan yang diterima bahawa berlaku peningkatan berat badan secara mendadak semasa kehamilan yang menyebabkan berlaku kesan sampingan pada kesihatan dan mungkin juga semasa proses kelahiran.
Beberapa persoalan yang mungkin menjadi pertanyaan dikalangan ibu mengandung. Di antaranya, apakah kesan sampingan yang mugkin berlaku apabila peningkatan berat badan semasa kehamilan? Adakah ada kesan sampingan pada kandungan?bagaimana untuk mengawal pemakanan semasa kehamilan? Dan banyak lagi persoalan- soalan yang bermain di fikiran masyarakat berkenaan tajuk perbincangan. Oleh itu, wajarlah kita menjadi rakyat dan masyarakat yang cakna terhadap permasalahan semasa.
Sehubungan itu, panel jemputan dalam program kali ini sememangnya pakar dan arif dalam isu yang di ketengah dalam siri kali ini.
Oleh itu, program ini akan menjadi satu wadah di dalam memberi pendedahan dan pendidikan serta satu perkongsian kepada masyarakat dalam bentuk penyampaian ilmu untuk meningkatkan kualiti serta kesejahteraan hidup yang saksama untuk segenap lapisan masyarakat.
Semua peserta yang merupakan staff UPM yang mengikuti program ini akan diberikan mata latihan CPD UPM.
Semua dijemput.