Inquiries

Bual Bicara Pakar 3.0: 360′ Perspektif Pengguna & Masyarakat bertajuk : Keberkesanan Menu Rahmah: Wajarkah Di Teruskan?.

Bual Bicara Pakar 3.0: 360′ Perspektif Pengguna & Masyarakat bertajuk : Keberkesanan Menu Rahmah: Wajarkah Di Teruskan?.

Persatuan Ekonomi Pengguna Dan Keluarga Malaysia (MACFEA) dan Jabatan Pengurusan Sumber Dan Pengajian Pengguna Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia menjemput Dato/Datin/ Prof/Dr/Tuan/Puan menyertai Bual Bicara Pakar 3.0: 360′ Perspektif Pengguna & Masyarakat bertajuk : Keberkesanan Menu Rahmah: Wajarkah Di Teruskan?.

Tarikh: 1 September 2023
Masa: 10.30-11.30 tengahari
Hari : Jumaat
Aplikasi : Zoom
Pautan :https://zoom.us/j/7281715891?pwd=K2NUMnZhaVlUakVvNWpDMVIvMThGdz09
Meeting ID: 728 171 5891
Passcode: BBP@360:03

Program akan berlangsung secara siaran langsung di Youtube channel: Dr. Ir. Syah/network dan Tik Tok Live: @macfea

Program ini akan di hoskan Oleh:

Dr. Irwan Syah Md Yusoff
Pensyarah Kanan,
Fakulti Ekologi Manusia
Universiti Putra Malaysia

Pakar/Panel Jemputan:

Prof. Madya Dr Khairunesa Isa
Pensyarah
Jabatan Sains Sosial
Pusat Pengajian Umum Dan Kokurikulum, UTHM.

Program ini akan mengupas isu secara santai dan ringan dari perspektif pengguna dan masyarakat terhadap situasi semasa yang di hadapi masyarakat berkaitan dengan situasi semasa yang nemberi penekanan aspek kepenggunanaan dan masyarakat. Secara umumnya, Inisiatif Menu Rahmah telah menyantuni segenap lapis masyarakat. Inisiatif ini menerapkan konsep kasih sayang iaitu “No One Left Behind”. Pelbagai inisiatif telah di perkenalkan oleh Kementerian Keperdagangan Dalam Negeri & Kos Sara Hidup bagi menangani kos sara hidup yang tidak menentu. Dengan ada nya inisiatif ini telah dapat mengurangkan beban yang di tanggung oleh masyarakat terutama sekali golongan sasar iaitu B40 dan kebawah. Tidak ketinggalan juga golongan pelajar IPT, belia, bujang golongan miskin bandar dan ramai lagi. inisiatif ini telah menjadi satu fenomena yang cukup di rasai oleh seluruh rakyat Malaysia. Malahan golingan M40 turut merasakan inisiatif menu Rahmah ini.

Inisiatif Menu Rahmah ini mula- mula di perkenalkan mantan Menteri KPDN iaitu Arwahyarham Dato Seri Salahuddin Ayub. Beliau menyasarkan melalui program ini sedikit sebanyak dapat meringankan beban rakyat akibat kenaikan kos sara hidup dan memgurangkan beban rakyat. Program ini di laksanakan dengan sokongan kuat daripada pemain industri. Inisiatif ini juga tidak melibatkan kos atau dana kerajaan bagi melaksanakanya.

Tinjauan yang dilakukan oleh Bernama terhadap sambutan program inisiatif Menu Rahmah ini, 56% menyambut baik program ini. Namun persoalan nya adalah, sejauh manakah keberkesanan inisiatif ini atau kelestarian program dapat bertahan? adakah benar masyarkat benar- benar menghayati konsep menu Rahmah? Siapakah yang wajar memainkan peranan ini selain daripada kerajaan ? Bagaimana pemain industri wajar menjadikan program ini dalam CSR? apakah peranan kumpulan T20 bagi menjayakan insiatif ini? adakah program ini sekadar untuk pemain industri dan kerajaan menjadi populis? Adakah program ini hanya tertumpu pada kementerian KPDN sahaja? dan banyak lagi persoalan yang boleh di bincangkan berkenaan program ini.

Sehubungan itu, adalah wajar perkongsiaan pada kali ini dapat memberikan sedikit sebanyak kepada pengguna/masyarakat dan melihat inisiatif Menu Rahmah ini bagaiamana seluruh lapisan mansyarakat menghayati dan memainkan peranan dalam membantu serta memgurangkan kos sara hidup pada golongan yang memerlukan tanpa ada pihak yang memgambol kesempatan dalam program ini. sesuatu program yang menerapakan konsep kasih sayang selaras dengan Malaysia Madani yang di perkenalkan oleh Perdana Menteri Malaysia. program ini seharusnya di hayati dan bukan sekadar untuk menjadi populis.

Sehubungan itu, panel jemputan dalam program kali ini sememangnya pakar dan arif dalam isu yang di ketengah dalam siri kali ini.

Adalah diharap melalui program ini dapat menjadi satu wadah di dalam memberi pendedahan dan pendidikan serta satu perkongsian kepada masyarakat dalam bentuk penyampaian ilmu untuk meningkatkan kualiti serta kesejahteraan hidup yang saksama untuk segenap lapisan masyarakat.

Semua peserta yang merupakan staff UPM yang mengikuti program ini akan diberikan mata latihan CPD UPM.

Semua dijemput.