Inquiries

Bual Bicara Pakar 5.0: 360′ Perspektif Pengguna & Masyarakat (Siri 07): Tarif Trumps: Apa Tindakan Pengguna?

Bual Bicara Pakar 5.0: 360′ Perspektif Pengguna & Masyarakat (Siri 07): Tarif Trumps: Apa Tindakan Pengguna?

Jabatan Pengurusan Sumber Dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia dan Persatuan Ekonomi Pengguna Dan Keluarga Malaysia (MACFEA) menjemput Tan Sri/Puan Sri/Dato/Datin/ Prof/Dr/Tuan/Puan menyertai Bual Bicara Pakar 5.0: 360′ Perspektif Pengguna & Masyarakat

Tajuk Tarif Trumps: Apa Tindakan Pengguna?
Tarikh: 20 Jun 2025
Masa: 10.30-11.45 pagi
Hari : Jumaat
Aplikasi : Zoom
Pautan : Klik untuk sertai

Meeting ID: 728 171 5891
Passcode: BBP05@07

Program ini akan di Hoskan Oleh:
Dr. Irwan Syah Md Yusoff
Exco Macfea
Pensyarah Kanan
Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna
Fakulti Ekologi Manusia
University Putra Malaysia

Pakar/Panel Jemputan:
Dr Norzalina Zainudin
Pensyarah Kanan
Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna,Fakulti Ekologi Manusia, UPM

Program ini akan mengupas isu secara santai dan ringan dari perspektif pengguna dan masyarakat terhadap situasi semasa yang di hadapi masyarakat berkaitan dengan situasi semasa yang memberi penekanan dari aspek kepenggunanaan dan masyarakat.

“Tariff Trumps” merujuk kepada keadaan apabila kenaikan tarif dan kos perkhidmatan asas seperti elektrik, air, dan pengangkutan menjadi faktor dominan yang mengatasi usaha bantuan kerajaan, skim subsidi, dan pendapatan isi rumah itu sendiri. Dalam konteks ini, tarif bukan sekadar caj, tetapi menjadi “penentu” utama kesejahteraan pengguna — menentukan gaya hidup, struktur perbelanjaan, dan keselamatan ekonomi rakyat.

KAITAN DENGAN MALAYSIA: KESAN KEPADA EKONOMI DAN PENGGUNA

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Malaysia sedang beralih kepada pengurangan subsidi dan penstrukturan semula tarif, atas alasan ketelusan fiskal dan kelestarian ekonomi. Akibatnya, pengguna semakin terdedah kepada harga sebenar pasaran.Sebagai contoh,Harga Barang Asas seperti Minyak masak, susu, dan makanan ruji menunjukkan peningkatan harga 5–12% sejak awal 2025, Inflasi Pengguna (CPI) Malaysia pada suku pertama 2025: 2.8% – tekanan kos hidup nyata.

Kesan Langsung dari keadaan ini akan mempengaruhi isi keluarga berpendapatan sederhana dan rendah kini membelanjakan lebih 40% daripada pendapatan bulanan mereka untuk keperluan asas. Pengguna perlu membuat pilihan sukar antara keperluan dan kehendak — dan inilah yang dimaksudkan Tariff Trumps: tarif “menentukan” hidup.

APAKAH TINDAKAN YANG BOLEH DIAMBIL?
•Kesedaran Kolektif – Kenali hak anda sebagai pengguna
•Bijak Berbelanja – Strategi pengurusan kewangan keluarga
•Penggunaan Lestari – Ubah gaya hidup dengan pendekatan jimat sumber
•Tekanan Awam Bermakna – Gunakan saluran rasmi untuk mengutarakan pandangan
•Gabungan Komuniti – Bertindak bersama, bukan bersendirian

PERSOALAN UTAMA YANG AKAN DIBINCANGKAN:
•Apakah maksud sebenar “tarif berasaskan kos”?
•Adakah pengguna Malaysia bersedia untuk tarif tanpa subsidi?
•Bagaimana untuk mengawal kesan rantaian kenaikan tarif kepada harga barang?
•Apakah strategi kerajaan dalam mengimbangi kesejahteraan rakyat dan kestabilan fiskal

Bagi mendapatkan penjelasan lebih menyeluruh dan jelas, para penonton di jemput untuk bersama- sama mengikuti program ini kerana:

✅ Dapatkan Penjelasan Pakar — Fahami dasar ini secara menyeluruh daripada pakar gelagat penguna.
✅ Ketahui Hak Anda — Pelajari bagaimana anda boleh memanfaatkan hak pengguna untuk membuat pilihan terbaik.
✅ Sesi Interaktif — Berpeluang mengemukakan soalan secara langsung kepada panel.
✅ Ilmu Berguna untuk Semua — Sesuai untuk pengguna, pelajar, penggubal dasar dan komuniti setempat.

Jangan lepaskan peluang untuk menyertai perbincangan ini dalam bentuk santai dan ringan yang memberi kesan langsung kepada poket anda dan masa depan bagi negara serta menjamin kesejahteraan rakyat.

🔥 JUMPA ANDA DI WEBINAR NANTI! 🔥

#BualBicaraPakar#NTW
#PenggunaSejahtera #UPM #MACFEA #Hakpengguna#Ekonomi

Semua dijemput hadir bersama-sama

Nota: Peserta dari UPM yang mengikuti pogram ini akan di sediakan mata latihan CPD