Inquiries

Bual Bicara Pakar 5.0: 360′ Perspektif Pengguna & Masyarakat (Siri 06): Gas LPG Vs. Peniaga: Benarkah Pengguna Akan Terkesan?

Bual Bicara Pakar 5.0: 360′ Perspektif Pengguna & Masyarakat (Siri 06): Gas LPG Vs. Peniaga: Benarkah Pengguna Akan Terkesan?

Bual Bicara Pakar 5.0 : 360’ Perspektif Pengguna & Masyarakat (Siri 06)

Jabatan Pengurusan Sumber Dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia dan Persatuan Ekonomi Pengguna Dan Keluarga Malaysia (MACFEA) menjemput Tan Sri/Puan Sri/Dato/Datin/ Prof/Dr/Tuan/Puan menyertai Bual Bicara Pakar 5.0: 360′ Perspektif Pengguna & Masyarakat

Tajuk : Gas LPG Vs. Peniaga: Benarkah Pengguna Akan Terkesan?
Tarikh: 13 Jun 2025
Masa: 10.30-11.30 pagi
Hari : Jumaat
Aplikasi : Zoom
Pautan : Klik
Meeting ID: 728 171 5891
Passcode: BBP05@06

Program akan berlangsung secara siaran langsung di Youtube channel: Dr. Ir. Syah/network dan Tik Tok Live: @macfea

Program ini akan di Hoskan Oleh:
Dr. Irwan Syah Md Yusoff
Exco Macfea
Pensyarah Kanan
Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna
Fakulti Ekologi Manusia, University Putra Malaysia

Pakar/Panel Jemputan:
Dr Cheng Kai Wah
Ketua Program
Fakulti Perniagaan dan Perhubungan, INTI International University

Program ini akan mengupas isu secara santai dan ringan dari perspektif pengguna dan masyarakat terhadap situasi semasa yang di hadapi masyarakat berkaitan dengan situasi semasa yang memberi penekanan dari aspek kepenggunanaan dan masyarakat.

Gas Petroleum Cecair (LPG) merupakan bahan api utama untuk memasak bagi rakyat Malaysia, khususnya dalam isi rumah. Di Malaysia, silinder gas berwarna hijau (tong 14kg, 12kg dan 10kg) diperuntukkan di bawah subsidi kerajaan untuk kegunaan domestik sahaja, manakala silinder gas berwarna ungu digunakan bagi tujuan komersial atau bukan domestik dan dijual pada harga pasaran tanpa subsidi.

Namun, realiti semasa menunjukkan bahawa sebahagian besar peniaga kecil dan pengusaha makanan menggunakan gas LPG bersubsidi (tong hijau) untuk operasi perniagaan mereka, walaupun ini menyalahi peraturan. Keadaan ini telah mengakibatkan penyalahgunaan subsidi, sekali gus menyimpang daripada hasrat asal kerajaan untuk memastikan bantuan subsidi hanya dinikmati oleh pengguna isi rumah yang layak.

Sebagai langkah pembetulan, kerajaan telah menyatakan cadangan untuk menarik semula subsidi gas LPG secara berperingkat, namun pelaksanaan ini ditangguhkan sementara waktu selepas menerima maklum balas masyarakat.Antara maklumbalas di terima adalah:

“Kami bukan tak mahu ikut peraturan, tapi kos tong ungu terlalu mahal. Kalau subsidi ditarik dan tiada bantuan, kami mungkin gulung tikar.”
– Wakil Peniaga Makanan Jalanan

“Realitinya, penyalahgunaan tong hijau oleh peniaga telah lama berlaku. Tapi jangan hukum pengguna rumah yang benar-benar layak akibat kesilapan sistem.”
– Aktivis Pengguna

“Hasrat kerajaan betul, tetapi pelaksanaan mesti adil dan telus. Kalau tidak, pengguna biasa akan jadi mangsa.”
– Pakar Ekonomi Runcit

Sehubungan itu, terdapat beberapa Akta & Dasar yang berkaitan dengan isu yang di perbincangkan. Antara Akta dan Dasar adalah:

• Akta Kawalan Bekalan 1961 & Peraturan Kawalan Bekalan 1974 memperuntukkan kawalan terhadap harga dan penggunaan barang kawalan seperti LPG, termasuk tindakan terhadap penyalahgunaan subsidi.
• Akta Perlindungan Pengguna 1999 (Akta 599) memastikan hak pengguna mendapatkan harga munasabah dan adil serta perlindungan terhadap pemindahan kos secara tersembunyi.
• Dasar Rasionalisasi Subsidi menekankan keperluan penyaluran subsidi secara bersasar menggunakan sistem PADU, sekali gus mengurangkan ketirisan dan salah guna oleh pihak yang tidak layak.

Berikutan itu, terdapat beberapa persoalan yang akan di kupas dalam program ini . Antaranya adalah :

1. Mengapa subsidi gas LPG ditarik semula?
Hasrat kerajaan ialah untuk membendung ketirisan subsidi dan memastikan ia sampai kepada yang benar-benar layak. Namun, penguatkuasaan yang lemah menyebabkan peniaga terus menggunakan tong hijau untuk tujuan komersial.

2. Apakah implikasi kepada pengguna domestik sebenar?
Sekiranya subsidi ditarik sepenuhnya, pengguna rumah akan terpaksa membayar harga pasaran — berisiko menaikkan kos hidup harian, terutama untuk keluarga B40.

3. Bagaimana peniaga mikro boleh terus berdaya saing?
Langkah perlu difikirkan untuk memberi sokongan bersasar kepada peniaga mikro, seperti subsidi khas atau insentif peralihan kepada penggunaan gas tidak bersubsidi (tong ungu) dengan kadar berpatutan.

Bagi mendapatkan penjelasan lebih menyeluruh dan jelas, para penonton di jemput untuk bersama- sama mengikuti program ini kerana:

✅ Dapatkan Penjelasan Pakar — Fahami dasar ini secara menyeluruh daripada pakar gelagat penguna.
✅ Ketahui Hak Anda — Pelajari bagaimana anda boleh memanfaatkan hak pengguna untuk membuat pilihan terbaik.
✅ Sesi Interaktif — Berpeluang mengemukakan soalan secara langsung kepada panel.
✅ Ilmu Berguna untuk Semua — Sesuai untuk pengguna, pelajar, penggubal dasar dan komuniti setempat.

Jangan lepaskan peluang untuk menyertai perbincangan ini dalam bentuk santai dan ringan yang memberi kesan langsung kepada poket anda dan masa depan bagi negara serta menjamin kesejahteraan rakyat.

🔥 JUMPA ANDA DI WEBINAR NANTI! 🔥

#BualBicaraPakar #LPGBersubsidi
#PenggunaSejahtera #UPM #MACFEA #Hakpengguna#Ekonomi

Semua dijemput hadir bersama-sama

Nota: Peserta dari UPM yang mengikuti pogram ini akan di sediakan mata latihan CPD