Inquiries

Bual Bicara Pakar 5.0: 360′ Perspektif Pengguna & Masyarakat : Ramadhan Menjelang Tiba: Perbelanjaan Isi Rumah Akan Sama Atau Meningkat?

Bual Bicara Pakar 5.0: 360′ Perspektif Pengguna & Masyarakat: Ramadhan Menjelang Tiba: Perbelanjaan Isi Rumah Akan Sama Atau Meningkat?

Jabatan Pengurusan Sumber Dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia dan Persatuan Ekonomi Pengguna Dan Keluarga Malaysia (MACFEA) menjemput Tan Sri/Puan Sri/Dato/Datin/ Prof/Dr/Tuan/Puan menyertai Bual Bicara Pakar 5.0: 360′ Perspektif Pengguna & Masyarakat

Tarikh: 28 Februari 2025
Masa: 10.30-11.30 pagi
Hari : Jumaat
Aplikasi : Zoom
Pautan :https://zoom.us/j/7281715891?pwd=q98aHsoen8BVyhnnRmm1ejtMR5vGAw.1&omn=97189236697
Meeting ID: 728 171 5891
Passcode: BBP05@02

Program akan berlangsung secara siaran langsung di Youtube channel: Dr. Ir. Syah/network dan Tik Tok Live: @macfea

Program ini akan di hoskan Oleh:

Dr. Irwan Syah Md Yusoff
Exco Macfea
Pensyarah Kanan
Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna
Fakulti Ekologi Manusia
University Putra Malaysia

Pakar/Panel Jemputan:

Dr. Zuroni Binti Md Jusoh
Pensyarah Kanan,
Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna
Fakulti Ekologi Manusia, Universiti Putra Malaysia

Program ini akan mengupas isu secara santai dan ringan dari perspektif pengguna dan masyarakat terhadap situasi semasa yang di hadapi masyarakat berkaitan dengan situasi semasa yang memberi penekanan dari aspek kepenggunanaan dan masyarakat.

Ramadan sering dikaitkan dengan peningkatan perbelanjaan isi rumah. Kajian menunjukkan bahawa pengguna cenderung berbelanja lebih banyak pada bulan ini, terutamanya untuk barangan makanan, pakaian, dan persiapan Aidilfitri.

Fenomena ini didorong oleh:

✅ Kecenderungan membeli secara berlebihan – Perasaan ‘takut kehabisan stok’ menyebabkan ramai yang membeli lebih daripada keperluan sebenar.

✅ Peningkatan harga barangan – Permintaan tinggi terhadap bahan makanan dan keperluan lain menyebabkan harga melonjak.

✅ Gaya hidup dan trend perbelanjaan – Pengguna lebih cenderung untuk berbelanja pada bufet Ramadan, juadah berbuka puasa yang mewah, dan persiapan raya sejak awal bulan.

APA YANG PERLU DILAKUKAN OLEH PENGGUNA?

✅ Bajet dan perancangan awal – Senaraikan keperluan sebenar dan elakkan pembelian mengejut.

✅ Bandingkan harga sebelum membeli – Gunakan aplikasi perbandingan harga atau rujuk sumber rasmi.

✅ Kurangkan pembaziran makanan – Beli dan masak dalam kuantiti yang mencukupi.

✅ Kawal perbelanjaan bukan keperluan – Fokus kepada keperluan asas dan elakkan perbelanjaan yang tidak perlu.

KESAN JIKA PENGGUNA BERBELANJA TANPA PERANCANGAN?

❌ Beban kewangan meningkat – Perbelanjaan tanpa kawalan boleh menyebabkan masalah kewangan selepas Ramadan.

❌ Pembaziran makanan yang tinggi – Sikap membeli berlebihan menyebabkan lebihan makanan yang akhirnya dibuang.

❌ Kesan ekonomi terhadap harga barang – Permintaan yang terlalu tinggi boleh menyebabkan inflasi harga barangan keperluan.

ANTARA PERSOALAN YANG AKAN DIBINCANGKAN:

🔹 Mengapa perbelanjaan isi rumah cenderung meningkat setiap kali menjelang Ramadan?

🔹 Adakah kenaikan harga barang berlaku secara semula jadi atau disebabkan oleh sikap pengguna?

🔹 Bagaimana pengguna boleh mengawal perbelanjaan agar tidak terbeban selepas Ramadan?

🔹 Adakah budaya ‘membeli lebih’ satu keperluan atau sekadar tabiat yang terbentuk dalam masyarakat?

KENAPA ANDA PERLU SERTAI WEBINAR INI?

📌 Fahami trend perbelanjaan pengguna ketika Ramadan.

📌 Ketahui cara menguruskan kewangan dengan lebih bijak menjelang Ramadan.

📌 Dapatkan pandangan pakar tentang strategi pembelian yang lebih berkesan.

📌 Elakkan kesilapan kewangan yang boleh menjejaskan kehidupan selepas Ramadan.

Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan ilmu dan pandangan pakar mengenai isu ini!

Sehubungan itu, panel jemputan dalam program kali ini sememangnya pakar dan arif dalam isu yang di ketengah dalam siri kali ini.

Adalah diharap melalui program ini dapat menjadi satu wadah di dalam memberi pendedahan dan pendidikan serta satu perkongsian kepada masyarakat dalam bentuk penyampaian ilmu untuk meningkatkan kualiti serta kesejahteraan hidup yang saksama untuk segenap lapisan

Semua peserta yang merupakan staff UPM yang mengikuti program ini akan diberikan mata latihan CPD UPM.

Semua dijemput hadir bersama-sama