Mengenai Kami

SEJARAH PENUBUHAN MACFEA

Persatuan Ekonomi Pengguna dan Keluarga Malaysia ditubuhkan sebagai persatuan profesional dalam bidang ekonomi pengguna dan keluarga di Malaysia. Penubuhan MACFEA bermula semasa berlangsungnya mesyuarat pertama Persatuan Ekonomi Pengguna dan Keluarga Asia (Asian Consumer and Family Economic Association (ACFEA) yang diadakan pada 4-6 hb Julai 1995 di Shah Alam, Selangor. Sebuah Jawatankuasa Protem diwakili oleh beberapa ahli dari berbagai agensi dibentuk untuk mengkaji kemungkinan menubuhkan sebuah persatuan yang sama di Malaysia.

Hasilnya, pada 13hb Ogos 1996, Persatuan Ekonomi Pengguna dan Keluarga Malaysia (MACFEA) dengan secara rasminya dilancarkan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Dato’ Abu Hassan Omar.

 

VISI, MISI DAN MATLAMAT PENUBUHAN MACFEA

Berdasarkan pemukiman ahli EXCO MACFEA pada 29 Disember, 2007, yang berikut telah digariskan (Visi dan Misi) dan dimurnikan (Matlamat) seterusnya di sokong dalam Mesyuarat Agong:

 

Visi (Vision):

“To be a leading professional association in consumer and family economics”

Misi (Mission):

“To enhance consumer and family economic wellbeing by promoting quality research, consultancy and educational programs by becoming the regional referral center and influencing policy making decision”

 

Matlamat (Goal):

MACFEA ditubuhkan dengan matlamat berikut:  

  1. Menyediakan platform perkembangan para profesional yang terlibat dengan bidang ekonomi keluarga dan pengguna dan yang berkaitan (dimurnikan pada 2007)
  2. Menjadi forum pertukaran idea dan pengetahuan dalam kalangan mereka yang berminat dan komited dalam meningkatkan kesejahteraan ekonomi pengguna, keluarga dan komuniti perniagaan.
  3. Menggalakkan penyelidikan dalam bidang ekonomi pengguna dan keluarga serja menjadi wadah dan penghebah maklumat berasaskan penyelidikan dalam bidang ekonomi pengguna dan keluarga kepada kumpulan-kumpulan sasaran yang berkaitan.
  4. Menjalankan objektif persatuan secara bersendirian atau kerjasama dengan persatuan dan kumpulan lain yang mempunyai matlamat dan objektif yang sama diperingkat tempatan dan antarabangsa.
  5. Membentuk jaringan dengan agensi kerajaan dan badan bukan kerajaan yang berkaitan (ditambah pada 2007)