Keahlian Macfea

KEAHLIAN MACFEA

MACFEA, sebagai sebuah persatuan profesional ini dianggoti oleh penyelidik, ahli akademik, pegawai kerajaan dan bukan kerajaan dan individu-individu yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam bidang Ekonomi Pengguna dan Keluarga, yang mempunyai minat yang mendalam untuk memperjuangkan usaha meningkatkan kesejahteraan pengguna dan keluarga.

Di antara institusi pengajian tinggi (IPT) yang terlibat dalam keahlian MACFEA ialahUniversiti Kebangsaan Malaysia; Universiti Malaya;  Universiti Putra Malaysia; Universiti Utara Malaysia; Universiti Teknologi Mara;  Universiti Sains Malaysia; Universiti Malaysia Terengganu; Universiti Tenaga Nasional

Syarat-syarat keahlian MACFEA adalah seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia dan berumur 18 tahun ke atas
  • Mempunyai kelulusan ijazah (kecuali penuntut)

Keahlian MACFEA terbahagi kepada jenis-jenis berikut:

  1. Ahli Biasa (Ordinary members): Rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas yang mempunyai sekurang-kurangnya ijazah pertama (Bachelor Degree) serta mempunyai minat yang mendalam untuk mempromosikan kesejahteraan masyarakat pengguna, keluarga dan perniagaan.
  1. Ahli Seumur Hidup (Life members): Terbuka kepada ahli biasa MACFEA yang berminat untuk membayar sejumlah wang berbanding hanya membanyar yuran secara tahunan.
  1. Ahli Bersekutu (Associate members):Mereka yang berminat dalam bidang ekonomi atau bidang berkaitan tapi tidak layak untuk menjadi ahli biasa.
  1. Ahli Pelajar (Student Members):Mereka yangmengikuti program diploma atau bacelor dalam sebarang bidang. Namun, keahlian pelajar termansuh apabila pelajar telah tamat pengajiannya.
  1. Ahli Kehormat (Honorary members): Individu yang telah memberikan perkhidmatan yang cemerlang dalam bidang Ekonomi Pengguna dan Keluarga. Penamaan ahli ini boleh dibuat oleh EXCO semasa Mesyuarat Agong.
  1. Ahli Korporat (Corporate membership): Terbuka kepada sebarang organisasi yang terlibat dalam pembuatan, penyelidikan dan pembangunan barangan dan perkhidmatan pengguna. Badan Korporat ini mesti mempunyai minat untuk memperjuangkan objektif dan matlamat yang selari dengan MACFEA.

 

Kadar yuran keahlian MACFEA adalah seperti berikut:

Jenis keahlian

Yuran Pendaftaran

Yuran Tahunan

Biasa

10

30

Seumur hidup

10

200

Bersekutu

10

20

Korporat

10

200

Penuntut

10

10

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Faedah menjadi ahli MACFEA:

Sebagai seorang professional atau warga yang berminat dalam bidang ekonomi pengguna dan keluarga, ahli MACFEA akan dapat:

  • Memberi sumbangan untuk mengukuhkan dan membangunkan MACFEA kearah meningkatkan kesejahteraan pengguna di Malaysia
  • Memberi input kepada badan-badan berkaitan untuk mengubal polisi dan melaksanakan program berkaitan ekonomi pengguna dan keluarga
  • Mewujudkan jaringan kerja dengan institusi dan kerajaan serta mengembeleng tenaga dan berkongsi pengalaman untuk memajukan kepenggunaan di Malaysia
  • Meningkatkan profesionalisme melalui aktiviti-aktiviti MACFEA seperti seminar, dialog, wacana, penyelidikan, penerbitan, perundingan dan seumpamanya.
  • Melanggani dan menyumbangkan tulisan anda untuk penerbitan MACFEA

 

Sejak ditubuhkan, keahlian MACFEA adalah seperti berikut:

Tahun

Ahli seumur hidup

(Life member)

Ahli Biasa

(Ordinary)

Pelajar

(Student)

Korporat (Corporate)

1996

53

 

 

1997

 

10 (new)

 

 

1998

 

 

 

 

1999

 

 

 

 

2000

10 (new)

10 (new)

 

 

2001

 

 

 

 

2002

 

 

 

 

2003

36

66

2

2004

 

 

 

 

2005

(103)

 

 

 

 

2006

59

48

31

1

2007

59

2008

70

85

32

1

2009

78

5

10

2010

98

10

4

2011

98

1

 

2012

103

11

1

Klik Di Sini Untuk Muat Turun Borang